Tuesday 24 November 2015

Bangkok Weekend Escapade




Bangkok 

Khop Khun Kha 

Dalam setahun kalau tak silap boleh dikatakan tiap-tiap bulan akan gi ke Thailand, sebab currency and tempat paling dekat kottt..Singapore is too mainstream

Oleh sebab tahap kebosanan melampau, kali ni decide nak gi Bangkok..jadilah daripada tak jalan lansung kannnn..this is a weekend escapade trip..only 4 girls (to be exact one boy and 3 girls kekeke ) this time around Boom2 tidak bersama aku, Boom2 dalam kenangan



Day 1 - Friday

Flight from KL to Bangkok (Airport : Don Mueang)  at 7:25pm, 2 hours flight journey. Sampai2 jer terus check harga taxi kat dalam Airport tuk pergi kat area Sukhumvit Soi biasalah teksi airport mesti charge mahal tapi tanya rate tuk dijadikan benchmark..so apa lagi keluar tahan lah teksi kat luar..teksi kat luar charged only 300baht

Within 40 minutes we arrived at destination. Jam tak hengat Bangkok ni. 

Kita tido kat Waterford Diamond Tower. 2 rooms and 2 bathrooms. This is a service apartment. Tempat ni bersih and front desk pun very helpful. 



Sampai jer kat sini terus booking teksi tuk esok. Booking teksi from 7am till 6pm and we paid 1600baht (can get cheaper tapi malas nak tawar sgt sebab 1600/4 = 400baht each senang kira)


Day 2 - Saturday


Teksi sampai on time so tempat pertama pergi adalah Floating Market. Perjalanan dalam 1jam 30 minit. 


Thai Girls #konon


Floating Market 

Entrance to Floating Market 750baht. Kat sini banyak jual2 barang yang sama dengan semua bahagian di dalam negara Thailand. Dalam hati nak beli banyak barang tapi takut sampan karam, al maklumlah bukan semua yg kurus naik sampan...opsss..
Apa-apa pun sebelum terlupa baik selfie dulu 
Misi mencari rumah terbiar Nang Nak



The kind of food...tapi sedap kottttt



Chatuchak Weekend Market

Lepas Floating Market kita terus ke Chatuchak Weekend Market perjalanan dalam 1jam 30minit gak.





Chatuchak Weekend Market ni jual banyak gak barang-barang yang cantik and murah..tempat ni tak macam pasar-pasar lain diseluruh negara Thailand. Baju-baju dia stylo mylo gak lah..tak pasal-pasal aku habis rm900 tuk shopping sahaja..Im no longer the same person ermmm..

Kat sini 4 jam pun macam tak cukup, tapi masa dah time..uncle teksi dah menunggu dengan penuh kesabaran nyerr di luar..terus balik ke apartment tuk mandi and tukar baju..lepas maghrib kuar balik to Patphong.

Patphong

Tempat ni macam 'heaven for man' lahhh dengggg haha...from apartment to this place dalam 15minit mcm tu lah naik teksi dalam 200baht (mahal gilersss), tp kalau jalan kaki free lah. 

Aku malas nak cerita banyak korang judge lah sendiri hehe..


so now tell me what is your superpower 


Lepas aku dah dapat superpower alu, barulah kitaorang decide nak pergi makan..tomyam kat sini lazat-lazat tapi kalau pergi dekat area yang kedai-kedai memang mahal sikitlah. 

Lepas makan bagai, kita pergi urut harga dalam 300baht for whole body tapi thai massage biasa bukan yang happy ending haha..ok ok ok behave please June.

Dari sini nak balik ke apartment dalam 300baht, sebab dah malam and driver taxi kat sini tak de nyer nak pakai meter bagai...semua meter dalam kepala hotak dorang..main kira sendiri jer


Day 3 - Sunday

Today is our last day here in Bangkok, tapi duit tak habis2 lagi, risau gak dibuat nyerr..kali ni pergi ke Pratunam tapi naik train pulak...nak try katanyerrr..lepas conversion train nyer harga dalam rm2.10 




Bukti kami naik train

Kami berhenti di 4th stop, and Thailand is so hot. Sepanjang perjalanan apa lagi bergambar lah..

coffee, tea or me 

mengikut tilikan aku, ko ada sorang jer kawan baik dan cantik dan selalu pakai topi, tapi harini kawan ko tu pakai topi fox..tu kalau mengikut tilikkan aku lah.. aku dah dapat tilik dah lepas ni mesti minah ni belanja aku minum air kelapa jerrr..
Macam boleh buat bisnis jer ni "palm reading, palm reading" 




Another market, tapi barang dia biasa biasa jer seperti yang dijual di seluruh negara Thailand..tapi so far mengikut kajian perbelanjaan aku kat sini barang-barang dia murah gak..sehelai baju boleh dapat dalam rm9 jer, and not bad quality. 


kannn aku dah cakap..lepas penat tilik nasib ni jer upah aku

Dari sini ke airport dalam dalam 30minit boleh sampai, harga tetap 300baht tapi kalau tak pandai tawar menawar harga boleh jadi smp 500baht walaupun naik teksi biasa jer..

"Bangkok like Las Vegas, sounds like a place where you make bad decisions" - Todd Philips #Deep #Bangkok2015

Monday 28 September 2015

Transiberia - Beijing (Part 2)


             
And the journey to Transiberia begins..eeeee excited nyaaaa..


Transiberia : From my understanding, the definition of Transiberia is a train journey from Valdivostok to Moscow (or vice versa) and the length of the railway station is about 9,258km ( http:/www.telegraph.co.uk/)

On this trip we are going to cross over 4 countries within 20 days..



Our total cost MYR8300 (inclusive of Visa double entry in China and Visa for Russia single entry) makan and shopping tak termasuk.



The route :
Kuala Lumpur - Beijing - Ulan Bataar - Moscow - St Petersburg - Moscow - Almaty - Urumqi - Xian - Kuala Lumpur

Dibuat oleh Boom2 yang rajin. Benda yang patut buat dia tak buat...benda yang takyah buat dia tak buat...hahahah

Trip ni kita plan dari January 2015. Mula2 hanya aku dengan Boom2 jer lepas tu kawan yang aku selalu gi panjat gunung nak ikut, so aku takut kang bertiga ada yang left out aku suruhlah dia bawak sorang member. So sekarang dah confirmed ada 4 orang so ngam2 kita boleh beli ticket train tuk 4 orang sebilik...tetapi..tiba2..ada sorang lagi nak ikut..so final total 5 orang wanita yang baik hati akan mengembara ke 4 negara selama 20 hari.. #matilanakkkk



Bismillahirrahmanirrahim...

August 24, 2015

Kuala Lumpur to Beijing flight at 7pm. Mcm biasa..setiap kali nak naik flight mest rasa cuak punya. Aku tawakkal je la..Allah kan ada (:

August 25, 2015 - Day 1


Reached Beijing International Airport at 1am..6 hours journey. Sampai airport, tak leh nak buat apa2 sebab dah tengah mlm so lepak lah sampai kul 7:15. Konon2 nak tido la situ tapi kalau dah duduk beramai2 tu..memang tak la jawabnya.



Maka kami pun berkampung kat airport tuh siap makan nasi impit bagai. Memang buat mcm rumah sendiri la. Konon nak mandi sekali kat situ, tapi toilet plak mana ada air. Dorang jenis pakai selet tisu je, so bau toilet dorang..hmmmm. Dapat tukar2 baju je la

First shuttle bus kul 7:15pagi. Naik shuttle bus line 2 kitorang bayar CNY24 per person tuk ke Xidan Station. 


Tempat beli tiket ni kat luar airport, keluar pintu je memang nampak. Nak beli tiket bas pun 
mencabar sebab bahasa.







Antara permandangan-permandangan di Shanghai
Untuk ke hostel kami perlu menaiki Bus Line 2 berhenti kat Xidan Station (final station). Mula2 kitorang confident sebab ada peta yang dorang kasi. Sekali da sampe kat Xidan Station tu, terasa confident terbang dari kepala. Tanya kat orang teksi, dia cakap jauh. Kena ambik cab dan agak mahal jugak. Penipu! Haruslah kan sebab dia nak duit tu. Boom2 volunteer nak carik tempat tu, so dia ngan Ekin pegi la carik. Nak dekat setengah jam la jugak yang lain menunggu. Sekali rupa-rupanya, seberang jalan je bus stop nak ke hostel tu.

Yang aku perasan, hampir semua bus stop ada orang pakai baju kuning. Dorang ni akan menjawab soklan pasal bus2 dan line2 yang ada. Macam kitorang nak ke hostel tu kena ambik bus nombor 22. So uncle2 n auntie2 ni la yang tunjuk camne.Kalau ikut instruction yang dorang bagi, kitorang kena berhenti kat hentian ke 5. Ticket plak, pergi jaun mana pun, harga dia tetap sama CNY2 per person. Murah kan?


Dah sampai bus stop ke 5, kitorang turun. Dalam instruction kata dari bus stop tu ke Dairy Milk tu tak jauh...sekali kauuu..jauh bukan main! Dah la masing2 dengan bag besar2. Bila sampai kawasan tu, nak carik hostelnya plak, bercinta! Lebih sejam gak la baru dapat jumpa. Red Lantern House ni agak tersembunyi, dan ramai gak orang tempatan tak tau tempat ni. Dan ramai gak yang bagi salah direction termasuklah website hostel ni sendiri, tetapi nasib baik iman di dada ni tidak senipis kulit bawang maka dapatlah mengawal kemarahan..#konon

Punyalah payah nak carik tempat ni. Tanya orang, sorang cakap kat sana..dah pergi sana tanya orang cakap pergi sini plak. Nak dekat sejam gak la mencarik. Padahal tak jauh pun sebenarnya.

Cantik jugak interior dia..dan paling penting bersih dan wifi laju..nyawa tuuu. Recommended!


Sampai di Red Lantern dalam jam 9 pagi. Tak de perbezaan waktu antara Beijing dan Kuala Lumpur. Lepas check in bagai, kita keluar balik sebab nak gi tengok one of the 7 wonders of the world - Great Wall of China..my 1st 7 wonders and plenty more to go :)

Dari Red Lantern House to Great Wall of China kitaorang naik train jer sebab nak jimat cost. Kitaorang berjalan dalam 1km to Ping'anli Station - take Line 4 to Xizhimen CNY3 - exit line 13 -North Railway Station naik tangga tuk keluar dari subway. Bila dah kat atas ada counter jual ticket ke Badaling CNY6. 




Nasib baik ada option untuk english..kalau takkkk.matilanakkk..dah la line dia berselirat

nampak signage ni terus naik keatas untuk keluar
sila ikut signage ni 

ni tempat untuk beli ticket ke Badaling 
tempat menunggu train tuk ke Badaling
Journey to Great Wall of China 1jam 20minit. Yang lawak nyer nak naik train ni semua orang berlari dalam 200m kot, dan berlari tanpa sebab..aku pun confused sedangkan seat banyak lagi kosong. Tapi tuk blend in dengan orang Beijing aku and the gang pun sebuk gak nak lari.
macam ni jauh lah semua orang berlari...dorang bukan berlari anak tapi lari betul2 siap dengan muka serius bagai...dorang berlari sambil meludah...ni gambar2 orang yang kat depan aku, yang kat belakang aku nyer gambar aku xsempat nak snap sebab aku pun sebuk nak lari gak..

untuk ke Great Wall of China kena stop kat station ni


Great Wall of China

Pricing - entrace fee 40yuan

Tips : kalau nak beli air, jangan beli kat tempat2 yang jauh kedalam, sebab harga air nye sangat mahal lagi2 tuk tourist. Beli kat pintu masuk cheaper. Aku bagitau tips in advance takut kang terlupa nak bagitau lak..
   
Jauh sungguh perjalanan ini..
   
Permandangan sepanjang perjalanan ke Great Wall of China




kena jalan agak jauh gak baru lah nampak pintu gerbang ni



The flying hijabista. Kagum lenglui2 tengok.

lepas selesai panjat The Great Wall China, maka kita pun ke tempat certificate tuk menunjukkan bahawasanyer kami berlima berjaya menghabiskan tour di sini..acahhh jer, kalau tak habis pun boleh dapat cert haha.
ok akak nak belanja satu gambar  #tombraiderindamaking :) 
Yeahhhh...fresh drinks come true

Add caption


Time nak balik punyalah ramai amat manusia beratur tuk naik train yang sama. Aku perasan dua benda, pertama penduduk di Beijing ni semua suka merempuh dan berebut tuk masuk ke dalam train padahal keadaan sepatutnyer tenang jer kot. Benda kedua tu mana-mana dorang pergi dorang 'hakk tui' tanpa hiraukan orang sekeliling 

          

Balik kami ikut jalan yang sama ketika pergi. Makna nyer kena baca balik dari atas kalau nak tau jalan balik. 

Bila hampir sampai ke Red Lantern House kami terjumpa satu kedai makanan Islam. Tapi kedai ni ada jual beer and liquor. Masakkan dia semua halal katanyerrrr...







Day 2 
26th August

Hari ni, kitaorang nak kena collect train ticket ke Mongolia, collection of tickets is at Dongcheng District..selalu agent boleh deliver ke hostel tetapi last minutenyer request tidak dilayan..

Nak bertolak ke Mongolia pada pagi ni jam 11:22am dan kena sampai ke Beijing Train Station latest by 10:22am. Agak mencabar gak lah sebab subway dorang ni jalan nyer agak berselirat and majority orang di Beijing takleh nak cakap dalam bahasa english. So, nak kurangkan porak peranda hidup kami semua kitaorg kuar dari hotel kul 7:30am.

Kata jer kuar 7:30 am haha but ended up 7:45am gak nasib baik aku time keeper..klu tak confirm 7:30 pm pun tak gerak lagi..al maklumlah dengan kawan aku yang sorang tuh beg dia teramatlah berat dan besar, aku pun tak paham kenapa dia nak bawak beg yang berat dan besar tuk backpack trip, tapi akhirnyer aku dgn Boom2 berjaya selesaikan misteri tersebut..haha..bag besar tuh satu hal lah, tapi lipstick merah menyala all the way tu yang classic tu hahaha..ok perenggan ni memang aku khaskan tuk kawan aku tuh..a tribute to her :p . Aku dapat merasakan trip ni agak mencabar bukan pasal route nyer tetapi nak menjaga timing sebab ticket semua dah beli online and kawan2 aku ni selalu lambat bangun #iisstress (ni umpat depan2 yer haha)

Ni lah route yang kami ikut untuk amik ticket and terus gi Beijing Railway Station. Dari Ping'alin take line 6 to Dongsi then changed to line 5 heading to Dengshikou. Exit jer from Dengshikou and turn right. Walk about 5 minutes (2 blocks), nanti akan nampak Citibank and in the same building you will see the CITS. Take the ticket on the 7th floor. Lepas amik jer tix tu terus gi balik ke Dengshikou station, buy ticket to Beijing Railway Station(line 2) 


Ekin dan basikal-basikalnya
Our Beijing trip packed gilers kalau ikutkan memang takde time nak rehat2 bagai..and masa ni plak Hungry Ghost festival ingat nak join the festival tapi tak berkesempatan but its ok kawan2 aku pun aku tengok bila time makan dah macam hungry ghost gak hehe..gurauuuuuu



Beijing Railway Station
Setiap kali nak tunjuk ticket kena tunjuk passport gak..
Kitaorang naik Train K3 kul 11:22
Aku rasa aku nak buat budak ni jadi anak angkat aku lah...buat aperr tewwww dah boleh predict future ke nak jumpa Abdul?? hahaha...
                                                                    Train tuk ke Mongolia K3


 
Cakkkkk..too bad coach kitorang jauh. Kalau takkkkk...



Maka dengan cabaran2 dan dugaan2 dan beg2 besar di Beijing kami berjaya juga harungi tuk naik train ke Mongolia..2 hari dah berlalu..another 19 days to go..

Journey from Beijing to Mongolia dalam seharian, esok petang baru sampai ke Mongolia 

Harap nanti di Mongolia keadaan sedikit tenang berbanding di Beijing..harap lah


..sambungannya tu di sini