Friday 29 April 2016

Family Trip to Surabaya - Day 5 #throwback

Early morning, myself and ibungah dah keluar nak jalan2 around kota dengan menaiki itu beca. Saja nak experience kat tempat orang. The problem is nak naik satu ke or dua beca nih? Almaklum la.. plus size kan.. Then since bapak tu kata okeh boleh naik 2 orang, kami pun naik je la satu beca (terpaksa guna kuasa mengecilkan badan yang ada).  

baru sedar ada di tengah jalan tuu...


Kecut perut kami naik. Mana tidaknya, bapak nih dia ambil lap terus duduk lane paling tengah, kami ni siap tahan2 tangan kat kereta lalu lalang - takut kena sondol sebenonye. Nasib baik awal pagi kereta tak banyak lagi. Bapak itu bawa kami melawat ke Pasar Genteng. Upah naik beca dalam IDR10,000 (lebih kurang RM3.50, amat murah la tu), tapi disebabkan kami tengok pakcik tu macam seksa aje nak kayuh, jadi kami bagi la double he he.



geramnya tengok buah2an tempatan yg segar bugar..

alat penimbang traditional.. ibu yang sporting dan baik hati ini siap buat demo kat kami..

selain dari itu, ada jual jajan2 dan keropok kering.. area makanan je la yang kami lawat.. banyak juga kedai yang belum dibuka..


Tak banyak hasil kami dapat cuma buah2an sahaja (still tak puas hati sebab tak dapat fm Surabaya). Since flight back to KL pukul 6.30 pm , and plenty of time ada lagi, kami pun decided to revisit Pasar Turi dan Tunjungan Plaza for last minute shopping. Tapi kena take turn nak keluar - sebab tak boleh nak angkut anak2, kalau tak memang mission unaccomplished. We moved our things to one room dan extend stay sampai petang with a cost of 50% from normal rate. 

By 3.30 pm, everybody dah ready to make a move. Kami dah arrange for airport transfer dengan Pak Ghani. Rate is actually IDR100,000 tapi since duit ada terselit sana sini, so kami bagi la another extra IDR50,000. Lagipun, half of the Innova sendat dengan barang2. Then kami terpaksa sewa another cab untuk angkut the rest of us. Rate for a cab to airport is around IDR90,000.    

adios surabaya.. hope we could come back here one day..

Masa di Surabaya, kami dah siap2 buat web check in. So still ada masa untuk tour airport lagi, dan menghabiskan IDR yang ada. Tapi kami tak la habiskan, simpan sikit, make it as a motivation to come back again :) Tengah tunggu nak boarding, we were informed kata flight delay pulak. Tapi AA Indo cekap, bila kata delay aje terus bagi refresment. Delay pun dalam 30 mins aje. We touched down safely at LCCT around 10.30 pm.  

Well.. what can we say about the journey? For me even tho the schedule was so tight (on the first 3 days), tapi memang berbaloi2. The best part - we experience the horse riding (anak2 paling suka) naik gunung dan lihat sendiri kawah gunung berapi. Alhamdulillah everybody was fit during the journey which, I can say memang meletih dan melelahkan sikit, since we have to travel from one place to another yang tak berapa jauh tapi memakan masa agak lama. Malang dan Bromo memang best. Thumbs up :)

THE END..

Saturday 23 April 2016

Family Trip to Surabaya - Day 4 #throwback

This morning, we had breakfast at the hotel. By 10.00 am, kami dah siap nak tour bandar Surabaya. Pak Ghani, supir kami, was recommended by the security yang kerja di hotel tu. Kami sewa kereta Innova dengan harga IDR500,000 for 12 hours. 

Masjid Sunan Ampel

First kami stop di sini,ingin melawat masjid kedua terbesar di kota Surabaya. Sebelum sampai ke masjid, harus melalui pasar yang menjual pelbagai barangan, baik barangan kelengkapan solat/haji, makanan, buah2an, kurma, pakaian dan tak ketinggalan cenderahati. Tak putus2 pelawat yang datang ke sini, sama ada ke pasar atau pun masjid, menjadikan kawasan ini sentiasa sibuk. 

ini yang dituju anak-anak sebaik turun kereta..

pintu gerbang facing main road..


persekitaran masjid..



senibina dalaman masjid..



makanan yang dijual penduduk tempatan.. hanya boleh lihat aja..

orang ramai yang membanjiri kawasan ini..

House of Sampoerna

Then kami berhenti di sini pula. Sebuah bangunan berbentuk Dutch colonial yang dibina pada tahun 1862 dan telah dibeli oleh pengasas Sampoerna, Liem Seeng Tee pada tahun 1932. Kawasan yang dikategorikan sebagai tempat bersejarah di kota Surabaya, dan di sini juga terletaknya perusahaan rokok Dji Sam Soe.  Di kawasan ini terdapat sebuah museum, art gallery, kedai yang menjual barangan cenderahati dan sebuah kafe.

semuanya ada di sini..




one of the buildings..

it's all about house of semporna..


founder's first stall and later on..

daun tembakaunya..




amongst the museum exhibits..

sampoerna group of companies..

 
perusahaan yang boleh dilihat dari lantai atas..

Selain dari itu, di lantai atas, dapat dilihat dengan lebih dekat lagi cara pembuatan rokok ini oleh 6 orang karyawan di dalam sebuah bilik kaca. Kami begitu kagum dengan kecekapan mereka bekerja, yang mengalahkan mesin. Sambil bekerja siap boleh senyum lagi kepada para pengunjung, dengan tangan yang ligat bergerak. Kalau ikutkan, dilarang mengambil gambar di sini tapi kami dapat juga dapat a few shots (kecuali yang 6 karyawan itu).


rolls royce koleksi putera sampoerna..

bus yang menyediakan perkhidmatan tour kota..

Masjid Cheng Ho

Masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya ini terletak di Jalan Gading, Kelurahan Ketabang, Kecamatan Genteng bersempena nama Laksamana Cheng Ho yang berasal dari China dan beragama Islam. Masjid ini dibangun dengan konsep tanpa pintu sebagai simbol keterbukaan. Bentuk masjid menyerupai pagoda dan berwarna warna merah, hijau dan kuning.


Ketika kami sampai, sebuah majlis perkahwinan sedang dijalankan dan kami tidak pula berhenti untuk singgah memandangkan jemputan sedang menikmati makanan yang dihidangkan di pintu masuk masjid :) 

Ayam Goreng Nyonya Suharti

Kami berhenti untuk lunch di restoran Nyonya Suharti. Restoran ini telah disyorkan oleh doktor di Hospital Putrajaya (pernah menuntut di sana) yang merawat ibungah semasa ditahan di hospital akibat demam denggi, seminggu sebelum percutian kami.

restoran terletak di jalan utama..


pilih saja mana yang mau..




specialty - ayam gorengnya, memang enak, kalah kfc.. selain dari itu, ada macam ala-ala satar malaysia, gado-gado dan our favourite telur dadar (yang digoreng seketul seketul)..
teringin juga cendol indo..

Setelah perut terisi, kami meneruskan perjalanan ke Jembatan Merah Plaza. Memang segala-galanya ada di sini. Cuma larat dan tak larat saja nak berjalan. Di Surabaya kami amat tercari2 fridge magnet (fm) untuk dijadikan sebagai buah tangan. Yang kelakarnya, puas kami terangkan apa itu fm tapi mereka tak faham. At last baru kami dapat tau di sini ianya dipanggil tempelan kulkas (kulkas itu peti ais).

the one and only photo yg ada jmp..

Ibunda dah tak larat nak berjalan dan anak-anak juga dah kepenatan. Jadi kami ambil keputusan untuk hantar mereka balik. Then kami teruskan pencarian ke Pasar Turi pula tapi masih juga tak berjumpa dengan fm.

lain yang dicari lain yang dapat..

Kami sempat singgah ke Galaxy Mall. Hanya beli birthday kek untuk Aqid, as his birthday falls on 16 Nov. Kesian Ahmad Aqid, birthday celebration simple aje. And our last destination for the day, Giant Hypermarket, macam kat Malaysia takde kan. Kami banyak beli kerepek dan keropok, sebagai buah tangan juga. 

cake sponsored by ayahcik..

as usual, birthday seorang, tapi everyone take turn nak tiup lilin..

Kami berlima cuma makan mee segera yang dibeli di Giant, as our dinner. Tak tau la tapi rasa kepingin banget. Dan rasa macam dah tak larat nak makan makanan indo. Then kami start packing, as tomorrow will be our last day in Surabaya.