Thursday, 7 April 2016

Family Trip to Surabaya - Day 1 #throwback

Ni trip lama..memang sungguh lama. Family trip ke Surabaya dari 16 – 20 Nov ’11.  Yes..u read it right..2011 hahaha. Pergi ramai2 sebab berjaya beli tiket time Air Asia promo, return tickets RM75. Macam biasa tugas beli tiket memang tugas aku. 

Sebab trip ni ada mak aku dan jugaka anak2 buah aku, so kena la selesa sikit. Google punya google jumpa lah Arema Travel and Tours yang beribu pejabat di Malang. Supir kitorang Pak Ugi yang bertanggungjawab jadi transporter kitoang gunakan minibus Isuzu ELF yang boleh sumbatkan 10 orang. Untuk the whole trip, kitorang bayar IDR2,350,000 untuk transport.




Kitorang selamat sampai kat Surabaya International Airport lebih kurang pukul 11.30 am waktu indo - after 2 1/2 hours journey.

On the way ke Malang, kitorang singgah dulu lunch kat Pondok Tempo Doele. Masing2 kelaparan so pilih aje apa yang nampak best dan macam biasa, makanan semua licin lincau. Perut dah full..so bolehlah teruskan perjalanan.




 

tauhu tek, ayam bakar dan sambal belacan (harus ada)..

jus wortel dan alpokat..

soda gumbira - our favourite drink, setiap kali meal musti order at least 1 gelas..

Pohon Inn, Batu, Malang

Ikut kata abam google, journey from airport to Batu is approximately 2 hours, but then bila dah on the road, it took us 5 hours to reach the hotel. Macet dehhhh.. Kitorang stay satu malam kat Pohon Inn. Dah nama pun pohon, dari jauh memang hotel tu nampak macam sebatang pokok.  Cantik hotel ni..luas dan bersih. We booked this hotel thru Arema, so dapat discounted rate of IDR380,000 per room. 



Jl Raya Oro-Oro Ombo
No 9 Kota Wisata Batu
Jawa Timur

interior yang bersih dan berkonsepkan hutan/binatang..

Kitorang sampai kat hotel dekat pukul 6 petang dan hari pun dah nak gelap. Lepas checked-in dan masuk bilik, kitorang pun bukak bekalan makanan dari Malaysia. Siap ada nasi himpit, roti gardenia, rendang, serunding, telur rebus dan sebagainya :). Dah terbiasa bila travel dengan ibunda dan anak-anak, mesti bawa bekal juga. Saja buat spare.

Batu Night Spectacular (BNS)

Dah kenyang, Pak Ugi bawak kitorang melawat ke BNS. It's like a permanent funfair, tapi funfair yang besar banget. Game memang banyak, budak2 (tak terkecuali orang dewasa) memang tak lepas peluang la nak main apa yang ada. Entrance fee is IDR10,000 dan game kena bayar lain.



billboard dan model bns..

loket (kaunter) dan game baru..


hantu yang buat hazeem menangis..
jadik la dapat bergambar dengan poster..

kids zone dan boom boom car (ye kot)..

mini train (emak budak naik sekali) dan bumper car..



sepeda gila - kena kayuh laju-laju untuk sepeda berpusing 360 degree..
sepeda udara - tinggi tu..


rumah kaca dan lampu warna warni..


orbitery- tengok orang yang naik macam nak tercampak..

first time juga ber trampolin, kami book the whole place yang ada 4 net.. thumbs up.. mamat nih memang expert.. boleh buat pelbagai aksi di udara..
Dah penat beriadah, kami balik ke hotel dan singgah di Jungle Fast Food, untuk membasahkan tekak dan mengalas perut lagi. Dipanggil restoran berputar bernuansa hutan - sekeliling kita ada binatang seperti cheetah dan leopard yang tinggal dalam 'tempered glass'.


view pohon inn waktu malam..







dan ruang persekitaran yang bersih..




antara replika binatang yang ada..

Dah penat seharian berjalan berjalan, kitorang balik bilik berehat.. kumpul tenaga untuk aktiviti esok pulak

1 comment:

  1. Surabaya ada bnyak tempat-tempat menarik dan buah-buahan yang fresh gila terutamanya mereka menggunakan lori makanan untuk menghantar buah-buahan mereka terus dari dusun. By the way, gambar-gambar sis cantik dan cute! :D

    ReplyDelete