Seawal pukul 3.30 am, dah ada orang datang ketuk bilik untuk kejutkan kitorang untuk bersiap. By 4.00 am kami dah naik jeep. Masa sampai hotel last nite, kami dah siap bayar sewa jeep IDR350,000 each, kuda IDR180,000 per pax, entrance fee taman nasional IDR10,00 per pax dan kami juga sewa baju tebal IDR25,000 sehelai (semua tak bawa baju tebal).
we are ready to go now..
Gunung Panajakan
Suasana gelap gelita bila jeep berhenti kat kaki gunung. Rupanya kuda-kuda kitorang dah siap menunggu untuk teruskan perjalanan ke puncak. Setiap kuda ada seorang penjaga. Kitorang berkuda sejauh lebih kurang 500m. Sebenarnya, boleh je kalau nak berjalan kaki ke atas tapi emmmm...takpe la..kita naik kuda je la. Jalan menuju ke puncak agak sempit, dengan gaung ada di sebelah. Kalaulah kuda tu tiba2 naik minyak..ke gaung lah kita beramai2.
Orang ramai naik gunung ni nak tengok matahari terbit. Subhanallah, memang cantik sungguh. Kitorang memang tak lepas peluang bergambar sakan. Yang kitorang sampai ini sebenarnya separuh jalan. Nak sampai ke peak berjalan berjalan lagi ke atas. Kuda memang tak boleh panjat lagi dah dan kitorang pun memang tak lah nak memanjat kan. Ikut kata penjaga kuda, sama ada naik atas atau stay di bawah, view tetap sama. Bila hari dah cerah, kitorang pun turun semula ke check point, to continue the adventure to Gunung Bromo pulak.
view dari gunung panajakan..
turun semula ke check point..
view dari gunung panajakan..
turun semula ke check point..
Gunung Bromo
Then kitorang naik semula jeep dan menuju ke Gunung Bromo, on the opposite way, going thru padang pasir hitam yang luas dan saujana mata memandang. Jeep berhenti sekali lagi kat satu lagi check point dan kitorang sambung lagi perjalanan dengan menaiki kuda sejauh lebih kurang 1km. Haa.. rupa-rupanya kuda dan penjaga yang sama dah siap2 tunggu kitorang. Punyalah cepat dorang sampai dulu..tak perasan plak time tu dorang potong kitorang.
on the way ke gunung bromo..
one and only route to kaki gunung ..
on the way ke gunung bromo..
one and only route to kaki gunung ..
Bukan senang nak naik ke puncak gunung ye. Kena mendaki lagi 250 anak tangga. Time ni aku belum fit lagi (macam la sekarang dah fit). Semput gak la nak sampai tapi gagahkan juga sebab nak tengok kawah gunung berapi dengan mata kepala sendiri. Before that dah upah orang untuk gendong Harith dan Hazeem ke puncak dengan harga IDR50,000 seorang. If only ada orang yang sanggup pikul orang dewasa, kan bagus.. Agak menggerunkan juga melihat kawah yang sekali sekala keluar asap itu.
ada mampu nak panjat???
ada mampu nak panjat???
kawah gunung berapi..
view di puncak..
pejalan-pejalan kaki beserta kuda-kuda yang membanjiri kaki gunung..
kami sempat berkelah di kaki gunung, melepaskan lelah..
berlatarbelakangkan gunung batok..
deretan jeep bromo..
then back to hotel..
Oh ya, ada officemate yang dah pergi early of year 2011. They all tak dapat naik ke Gunung Bromo sebab masa tu gunung dah berasap-asap. Ngeri juga dengar ceritanya. Boleh check this short video.
much thanks to cik siti hidriah..
We had late breakfast di hotel dan terus check out. Next destination is Prigen Taman Safari Indonesia. On the way, sejuk mata memandang kehijauan alam dan suasana persekitaran.
Taman Safari
Kami singgah di sini sebab lokasi is on the way to Surabaya. Semua tempat ada zoo kan, tapi bezanya di sini, pengunjung boleh melawat taman binatang ini dengan menaiki kenderaan sendiri. So tak perlu nak turun naik kenderaan lain. Dan seronoknya ketika melalui kawasan binatang tak berbahaya, boleh bagi mereka makan lagi.
penjaga loket kira kami sebagai local bukan tourist.. ada rupa orang indo kah?
sesi bagi makan binatang..
keep your distance..
antara binatang yang ada..
Di sini ada juga Amusement Park dan Water World, tapi kami tak pergi pun sebab masih ada lagi a few stops before sampai ke Surabaya.
Banjir Lumpur Panas Sidoarjo
Next kami berhenti di kawasan banjir lumpur pula. Masing-masing dah kepenatan, hanya yang larat sahaja melintas jalan dan memanjat tangga untuk melihat sendiri banjir yang telah meneggelamkan beberapa buah kampung di sini.
harus melintas jalan yang sesak ini..
dan menaiki tangga kayu..
jalan yang memisahkan antara jalan raya dan kawasan banjir lumpur..
Next kami berhenti di kawasan banjir lumpur pula. Masing-masing dah kepenatan, hanya yang larat sahaja melintas jalan dan memanjat tangga untuk melihat sendiri banjir yang telah meneggelamkan beberapa buah kampung di sini.
harus melintas jalan yang sesak ini..
dan menaiki tangga kayu..
sesi penerangan oleh penduduk tempatan dan kelihatan asap yang keluar dari perut bumi..
jalan yang memisahkan antara jalan raya dan kawasan banjir lumpur..
Kami di sini lebih kurang 45 minit sahaja. Lepastu kami singgah Tanggulangin untuk melihat pusat tas. Katanya dulu kawasan ini penuh dengan barangan kulit tapi kini yang tinggal hanya satu kedai yang agak besar. Kami tak beli apa pun.
last stop..
Kami sampai di Surbaya agak lewat petang. Kami dah book Fave Hotel thru Arema at IDR420,000 per nite. Supir pun tak berapa familiar dengan bandar ni, so kena round a few times nak cari hotel. Consider as a new hotel, dan condition pun ok. Baru perasan yang tak ada satu gambar pun di hotel :)
At nite, kami ke Tunjungan Plaza yang jauhnya only 5 minutes walk from the hotel. Besarnya shopping mall dia. Kami tak berjalan sangat pun (capek), cuma singgah di kedai mainan and dinner at McDonalds :)
No comments:
Post a Comment