Monday 28 September 2015

Transiberia - Beijing (Part 2)


             
And the journey to Transiberia begins..eeeee excited nyaaaa..


Transiberia : From my understanding, the definition of Transiberia is a train journey from Valdivostok to Moscow (or vice versa) and the length of the railway station is about 9,258km ( http:/www.telegraph.co.uk/)

On this trip we are going to cross over 4 countries within 20 days..



Our total cost MYR8300 (inclusive of Visa double entry in China and Visa for Russia single entry) makan and shopping tak termasuk.



The route :
Kuala Lumpur - Beijing - Ulan Bataar - Moscow - St Petersburg - Moscow - Almaty - Urumqi - Xian - Kuala Lumpur

Dibuat oleh Boom2 yang rajin. Benda yang patut buat dia tak buat...benda yang takyah buat dia tak buat...hahahah

Trip ni kita plan dari January 2015. Mula2 hanya aku dengan Boom2 jer lepas tu kawan yang aku selalu gi panjat gunung nak ikut, so aku takut kang bertiga ada yang left out aku suruhlah dia bawak sorang member. So sekarang dah confirmed ada 4 orang so ngam2 kita boleh beli ticket train tuk 4 orang sebilik...tetapi..tiba2..ada sorang lagi nak ikut..so final total 5 orang wanita yang baik hati akan mengembara ke 4 negara selama 20 hari.. #matilanakkkk



Bismillahirrahmanirrahim...

August 24, 2015

Kuala Lumpur to Beijing flight at 7pm. Mcm biasa..setiap kali nak naik flight mest rasa cuak punya. Aku tawakkal je la..Allah kan ada (:

August 25, 2015 - Day 1


Reached Beijing International Airport at 1am..6 hours journey. Sampai airport, tak leh nak buat apa2 sebab dah tengah mlm so lepak lah sampai kul 7:15. Konon2 nak tido la situ tapi kalau dah duduk beramai2 tu..memang tak la jawabnya.



Maka kami pun berkampung kat airport tuh siap makan nasi impit bagai. Memang buat mcm rumah sendiri la. Konon nak mandi sekali kat situ, tapi toilet plak mana ada air. Dorang jenis pakai selet tisu je, so bau toilet dorang..hmmmm. Dapat tukar2 baju je la

First shuttle bus kul 7:15pagi. Naik shuttle bus line 2 kitorang bayar CNY24 per person tuk ke Xidan Station. 


Tempat beli tiket ni kat luar airport, keluar pintu je memang nampak. Nak beli tiket bas pun 
mencabar sebab bahasa.







Antara permandangan-permandangan di Shanghai
Untuk ke hostel kami perlu menaiki Bus Line 2 berhenti kat Xidan Station (final station). Mula2 kitorang confident sebab ada peta yang dorang kasi. Sekali da sampe kat Xidan Station tu, terasa confident terbang dari kepala. Tanya kat orang teksi, dia cakap jauh. Kena ambik cab dan agak mahal jugak. Penipu! Haruslah kan sebab dia nak duit tu. Boom2 volunteer nak carik tempat tu, so dia ngan Ekin pegi la carik. Nak dekat setengah jam la jugak yang lain menunggu. Sekali rupa-rupanya, seberang jalan je bus stop nak ke hostel tu.

Yang aku perasan, hampir semua bus stop ada orang pakai baju kuning. Dorang ni akan menjawab soklan pasal bus2 dan line2 yang ada. Macam kitorang nak ke hostel tu kena ambik bus nombor 22. So uncle2 n auntie2 ni la yang tunjuk camne.Kalau ikut instruction yang dorang bagi, kitorang kena berhenti kat hentian ke 5. Ticket plak, pergi jaun mana pun, harga dia tetap sama CNY2 per person. Murah kan?


Dah sampai bus stop ke 5, kitorang turun. Dalam instruction kata dari bus stop tu ke Dairy Milk tu tak jauh...sekali kauuu..jauh bukan main! Dah la masing2 dengan bag besar2. Bila sampai kawasan tu, nak carik hostelnya plak, bercinta! Lebih sejam gak la baru dapat jumpa. Red Lantern House ni agak tersembunyi, dan ramai gak orang tempatan tak tau tempat ni. Dan ramai gak yang bagi salah direction termasuklah website hostel ni sendiri, tetapi nasib baik iman di dada ni tidak senipis kulit bawang maka dapatlah mengawal kemarahan..#konon

Punyalah payah nak carik tempat ni. Tanya orang, sorang cakap kat sana..dah pergi sana tanya orang cakap pergi sini plak. Nak dekat sejam gak la mencarik. Padahal tak jauh pun sebenarnya.

Cantik jugak interior dia..dan paling penting bersih dan wifi laju..nyawa tuuu. Recommended!


Sampai di Red Lantern dalam jam 9 pagi. Tak de perbezaan waktu antara Beijing dan Kuala Lumpur. Lepas check in bagai, kita keluar balik sebab nak gi tengok one of the 7 wonders of the world - Great Wall of China..my 1st 7 wonders and plenty more to go :)

Dari Red Lantern House to Great Wall of China kitaorang naik train jer sebab nak jimat cost. Kitaorang berjalan dalam 1km to Ping'anli Station - take Line 4 to Xizhimen CNY3 - exit line 13 -North Railway Station naik tangga tuk keluar dari subway. Bila dah kat atas ada counter jual ticket ke Badaling CNY6. 




Nasib baik ada option untuk english..kalau takkkk.matilanakkk..dah la line dia berselirat

nampak signage ni terus naik keatas untuk keluar
sila ikut signage ni 

ni tempat untuk beli ticket ke Badaling 
tempat menunggu train tuk ke Badaling
Journey to Great Wall of China 1jam 20minit. Yang lawak nyer nak naik train ni semua orang berlari dalam 200m kot, dan berlari tanpa sebab..aku pun confused sedangkan seat banyak lagi kosong. Tapi tuk blend in dengan orang Beijing aku and the gang pun sebuk gak nak lari.
macam ni jauh lah semua orang berlari...dorang bukan berlari anak tapi lari betul2 siap dengan muka serius bagai...dorang berlari sambil meludah...ni gambar2 orang yang kat depan aku, yang kat belakang aku nyer gambar aku xsempat nak snap sebab aku pun sebuk nak lari gak..

untuk ke Great Wall of China kena stop kat station ni


Great Wall of China

Pricing - entrace fee 40yuan

Tips : kalau nak beli air, jangan beli kat tempat2 yang jauh kedalam, sebab harga air nye sangat mahal lagi2 tuk tourist. Beli kat pintu masuk cheaper. Aku bagitau tips in advance takut kang terlupa nak bagitau lak..
   
Jauh sungguh perjalanan ini..
   
Permandangan sepanjang perjalanan ke Great Wall of China




kena jalan agak jauh gak baru lah nampak pintu gerbang ni



The flying hijabista. Kagum lenglui2 tengok.

lepas selesai panjat The Great Wall China, maka kita pun ke tempat certificate tuk menunjukkan bahawasanyer kami berlima berjaya menghabiskan tour di sini..acahhh jer, kalau tak habis pun boleh dapat cert haha.
ok akak nak belanja satu gambar  #tombraiderindamaking :) 
Yeahhhh...fresh drinks come true

Add caption


Time nak balik punyalah ramai amat manusia beratur tuk naik train yang sama. Aku perasan dua benda, pertama penduduk di Beijing ni semua suka merempuh dan berebut tuk masuk ke dalam train padahal keadaan sepatutnyer tenang jer kot. Benda kedua tu mana-mana dorang pergi dorang 'hakk tui' tanpa hiraukan orang sekeliling 

          

Balik kami ikut jalan yang sama ketika pergi. Makna nyer kena baca balik dari atas kalau nak tau jalan balik. 

Bila hampir sampai ke Red Lantern House kami terjumpa satu kedai makanan Islam. Tapi kedai ni ada jual beer and liquor. Masakkan dia semua halal katanyerrrr...







Day 2 
26th August

Hari ni, kitaorang nak kena collect train ticket ke Mongolia, collection of tickets is at Dongcheng District..selalu agent boleh deliver ke hostel tetapi last minutenyer request tidak dilayan..

Nak bertolak ke Mongolia pada pagi ni jam 11:22am dan kena sampai ke Beijing Train Station latest by 10:22am. Agak mencabar gak lah sebab subway dorang ni jalan nyer agak berselirat and majority orang di Beijing takleh nak cakap dalam bahasa english. So, nak kurangkan porak peranda hidup kami semua kitaorg kuar dari hotel kul 7:30am.

Kata jer kuar 7:30 am haha but ended up 7:45am gak nasib baik aku time keeper..klu tak confirm 7:30 pm pun tak gerak lagi..al maklumlah dengan kawan aku yang sorang tuh beg dia teramatlah berat dan besar, aku pun tak paham kenapa dia nak bawak beg yang berat dan besar tuk backpack trip, tapi akhirnyer aku dgn Boom2 berjaya selesaikan misteri tersebut..haha..bag besar tuh satu hal lah, tapi lipstick merah menyala all the way tu yang classic tu hahaha..ok perenggan ni memang aku khaskan tuk kawan aku tuh..a tribute to her :p . Aku dapat merasakan trip ni agak mencabar bukan pasal route nyer tetapi nak menjaga timing sebab ticket semua dah beli online and kawan2 aku ni selalu lambat bangun #iisstress (ni umpat depan2 yer haha)

Ni lah route yang kami ikut untuk amik ticket and terus gi Beijing Railway Station. Dari Ping'alin take line 6 to Dongsi then changed to line 5 heading to Dengshikou. Exit jer from Dengshikou and turn right. Walk about 5 minutes (2 blocks), nanti akan nampak Citibank and in the same building you will see the CITS. Take the ticket on the 7th floor. Lepas amik jer tix tu terus gi balik ke Dengshikou station, buy ticket to Beijing Railway Station(line 2) 


Ekin dan basikal-basikalnya
Our Beijing trip packed gilers kalau ikutkan memang takde time nak rehat2 bagai..and masa ni plak Hungry Ghost festival ingat nak join the festival tapi tak berkesempatan but its ok kawan2 aku pun aku tengok bila time makan dah macam hungry ghost gak hehe..gurauuuuuu



Beijing Railway Station
Setiap kali nak tunjuk ticket kena tunjuk passport gak..
Kitaorang naik Train K3 kul 11:22
Aku rasa aku nak buat budak ni jadi anak angkat aku lah...buat aperr tewwww dah boleh predict future ke nak jumpa Abdul?? hahaha...
                                                                    Train tuk ke Mongolia K3


 
Cakkkkk..too bad coach kitorang jauh. Kalau takkkkk...



Maka dengan cabaran2 dan dugaan2 dan beg2 besar di Beijing kami berjaya juga harungi tuk naik train ke Mongolia..2 hari dah berlalu..another 19 days to go..

Journey from Beijing to Mongolia dalam seharian, esok petang baru sampai ke Mongolia 

Harap nanti di Mongolia keadaan sedikit tenang berbanding di Beijing..harap lah


..sambungannya tu di sini

Monday 21 September 2015

Pre Transiberia & Silk Road train journey (Part 1)

November 2014
Nothing is impossible...cehhhh... Kitaorang berdua dah lama idamkan trip ni, so this time around we are going to make it happen..insha Allah...

Berdasarkan blog, and travel website yang dibaca, aku macam berasa kagum dengan journey ni, dan aku pun tengok cost untuk buat trip macam ni boleh mencecah sampai belasan ribuan ringgit lagi-lagi nilai matawang kita yang makin hari makin susut. 

Aku dengan Boom akan cuba tuk meminimizekan cost untuk kesana, dan kami ingin pergi pada peak time (autumn). 
dalam kepala aku, mcm ni lah aku membayangkan trip aku dengan Boom nanti, ni gambar pinjam dari  http://rjwattenhofer.com/articles/russia/ . Al maklumlah, kitaorang kan xpergi lagi so kena lah pinjam gambar orang...cantik kannn..
Transiberia - From my understanding, is a train journey from Valdivostok to Moscow (or vice versa) and the length of the railway station is about 9,258km 

Plan nak pergi pada 24 August 2015 - Isnin
So at this moment, kitaorang tengah buat research on pros n cons of Transiberian Journey. We are gathering as much info as possible. 
ni antara website-website penting untuk dikaji dan memahami route dengan lebih mendalam
Pembelian ticket train hanya boleh dibuat 45 hari sebelum berlepas, harga ticket berbeza-beza bergantung pada agent yang menjual nya. Tetapi survey perlu dilakukan untuk dapat harga ticket yang termurah. Aku banyak refer kat Seat 61. Kat Seat 61 banyak link yang dia bagi untuk pembelian ticket. Dalam Seat 61 ni pun dia ada bagi suggestion supaya naik train Real Russia sebab tu adalah antara train yang paling selamat berbanding train lain.

ini plak antara posting2 di FB untuk mencari lebih info daripada kwn2..nampak tak betapa bersemangatnyer..

Cerita dia macam ni, kitaorang pergi nak buat ikut Transiberia's Route and balik pula nak buat ikut Silk Route..makna nya satu pusingan..mcm peta kat bawah tu..

Route pergi - Blue line from Beijing to Moscow


Pergi ikut blue line from Beijing - Moscow. 
Route balik - Yellow line from Moscow to Almaty. Almaty to Urumqi. Urumqi to Xian
Route balik - Yellow line from Moscow to Almaty. Almaty to Urumqi. Urumqi to Xian
Since we are going to 4 countries at once kita bahagikan kerja ni kepada dua :- 
June - China & Kazakhstan 
Boom - Mongolia and Russia

Perkara yang nak kena amik kira 
1) number of days disebabkan cuti xde banyak 
2) cost disebabkan duit pun xde banyak
3) visa - 4 countries.

Our route would be :
Kuala Lumpur - Beijing - Ulan Bator - Moscow - St. Petersburg - Moscow - Almaty - Urumqi - Xian - Kuala Lumpur 

Rough idea dari aku and Boom macam ni....

China :
Kitaorang perlukan double entry visa for China, sebab kita akan sampai di Beijing dan balik melalui Xian. Di Beijing kita nak visit Great Wall of China since its one of the 7 wonders. Tidur kat sana dalam 2 hari

Di Urumqi kitaorang nak visit market je sebab ada limited time so tak boleh nak jalan lama..Dari Urumqi ke Xian kitaorang akan naik train selama 2 hari. Kitaorang beli train yang ada katil. Aku ada gak terbaca dalam blog kalau nak booking train China ni jangan booking yang berdekatan dengan toilet sebab bau hancing nya boleh sampai ke tempat tidur kita...mampuihhhh..2 hari pulak tu

Di Xian pula, kitaorang nak pergi panjat Mount Huashan (kalau larat lah) dan nak pergi Terracotta, ni tempat idaman ni..masa dulu ada gak tengok kat National Geographic pasal tempat ni tuh yang buat aku fefeling lebih kononnyer aku part of National Geographic nya journalist 

Mongolia :
Di Mongolia, kitaorang akan berhenti di Ulan Bator. Journey train from Beijing to Ulan Bator dalam sehari. Nanti di Ulan Bator kitaorang akan tidor kat sana sehari dan akan sambung perjalanan ke Moscow pada keesokkan harinyer

Russia :
Ulan Bator to Moscow nya journey dalam 4 hari lebih . Sampai je di Moscow kitaorang akan naik bullet train untuk ke St. Petersburg. Pada keesokan harinya kita akan naik bullet train to Moscow balik, dan tidur semalaman kat sana. Jadi in total sehari bermalam di St. Petersburg dan sehari di Moscow. Perjalanan dari Moscow ke St Petersburg dalam 4 jam dan St. Petersburg ke Moscow pun 4 jam. 

Kazakhstan :
Train akan stop kan kami di Almaty. Perjalanan dari Moscow ke Almaty mengambil masa dalam 4 hari lebih. Kitaorang akan bermalam di Almaty sehari lepas tu teruskan perjalanan untuk ke Urumqi dengan menaiki sleeper bus. Di Almaty nanti kitaorang nak pergi tengok Big Lake Almaty. Tengok dalam gambar bukan main cantik lagi.

Rumusan daripada kajian yang terperinci kami berdua jalankan :-

  • Cost all in MYR8300 (tak termasuk makan)
  • Jumlah hari 21 hari (tapi lepas tolak Hari Merdeka, Hari Sabtu dan Ahad jumlah cuti yang diperlukan dalam 13 hari je pun..haha apalagi unpaid leave lahhh..
  • Visa currently kitaorg survey dalam website, hanya Mongolia tidak memerlukan visa untuk perjalanan bawah 30 hari. Lagi 3 negara ke apply Visa. Dan Visa yang paling complicated adalah Visa Russia, sebab kena ada invitation bagai..and nasib baik bukan aku yang incharge tuk Russia hehe..selamat hakak..
  • Setiap negara kitaorang decide untuk bermalam walaupun hanya sehari.
  • dan aku pun dapat predict aku dengan Boom mesti banyak bergaduh dalam train sebab banyak sangat masa lapang haha...
berdasarkan peta ni dan Seat 61, kitaorang dah boleh buat rough conclusion on berapa cost dan cuti yang diperlukan untuk journey ni..tapi final cost and cuti hanya boleh dibuat 45 days before, sebab harga ticket and jadual train akan berubah. 
                                Aku dengan boom2 akan sit together at least sebulan sekali untuk bincang pasal trip ni.

Benda ni paling penting kena ambik tau ni. Kalau takde tempat untuk charge phone semua, memang masak laaaa dok dalam train 5 hari. Aku pandang kau, kau pandang aku je la jawabnya

Print untuk senang conteng2 time tengah plan2


Fail to plan and you plan to fail... :)