OK back to our story. Cerita ni sambungan dari yang ini. Pagi bus gerak ke Mui Ne kul 7.30am. Harga tiket 7usd sebab bus baru katanya. Kenapa kami memilih Mui Ne? Sebab Mui Ne ada sand dune ala2 Gurun Sahara. Memandangkan aku pon tau ntah bila ntah aku dapat pegi Gurun Sahara tu, so the closest yang ada ialah kat Mui Ne la. Dalam pukul 1 tengahari macam tu sampailah kami ke Mui Ne.
Disebabkan jarak antara satu tempat ke satu tempat agak jauh, so dorang ada sleeper bus. Kalau malam lagi selesa ni. Selimut dan air mineral disediakan
Mui Ne ni dia kawasan laut. So sampai kat situ tengahari..memang panas gila. Kawasan dia belum berapa nak membangun sangat. Banyak rumah2 orang je. Kitorang stay kat Bao Tien Guesthouse, 25usd per nite. Lepas dah masuk bilik simpan bag, masing2 turun bawah sebab nak carik nyawa (WiFi). Lagipun nak beli tiket bus untuk besoknya ke Da Nang. Perhentian2 sebelum ni memang tiket beli kat hotel yang kitorang duduk je. Bagitau nak pegi mana, nanti dorang uruskan tiket. Sekali dia cakap nak pergi Da Nang tak ada direct bus sebab jauh. Time tu aku da start berpeluh2 dah. Sebab aku rasa setiap hentian yang kitorang pergi, jarak dia dalam 5 ke 6 jam je. Tak puas hati, aku google sendiri. Sekali amek kauuuuu... 14 jam nak pergi ke Da Nang tu.
Time tu la baru nak google cara nak pegi Da Nang semua. Kalau naik bus, kena pergi Nha Trang dulu pastu dari situ amek bus pergi Da Nang. Kalau amek bus, bus kul 1am gerak, sampai Nha Trang pastu tunggu bus pukul 7 petang baru gerak pergi Da Nang 10 jam. Rata2 bus schedule semua lebih kurang sama. Time tu la jugak study train schedule dorang. mana semua aku study. Owner guest house tu sangat baik. Walaupun english dorang sangat terhad, tapi dia still nak tolong. Call sana sini. Plan naik flight direct ke Da Nang pon ada...sampe macam tu sekali punya desperate.
Lepas 3 jam lebih study cara nak ke Da Nang tu, kitorang decided amek bus dari situ ke Nha Trang then amek train pegi ke Da Nang. Kebetulan ada member owner tu datang melepak, dia cakap bus Hanh Cafe ke Nha Trang malam tu jugak, pukul 1.30am. Rata2 review aku baca pasal Hanh Cafe ni teruk, kalau boleh dorang suruh elakkan tapi kitorang da tak boleh nak elak. Sebabnya ada satu lagi bus, Sinh Cafe. Yang ni paling elok tapi dia suruh datang ke ofis dorang untuk beli tiket and naik bus yang kiorang tak tau kat mana, pukul 1am nanti. Macam mana nak pegi situ? Sape nak hantar? So, left with no choice kami terpaksa beli jugak la. Kitorang beli tiket kat auntie tu je, siap dengan resit. Aku pon tak tau cara dorang buat bisnes macam mana. Dia cakap tunggu depan guest house ni pukul 1.30 pagi nanti. Dah lepas 1 azab.
Tak kan dah sampe Mui Ne tu tak pergi sand dune dia kan...walaupon ada masalah sekalipon. Memandangkan auntie tu cakap sand dune tu tak jauh, maka berjemaahlah kami berjalan tanpa sewa motor. Jalan2 tak sampai...jalan2 tak sampai. Tak jauh tu pada aku dalam 10 ke 15 minit jalan la. Skali kauuuuuu..lebih setengah jalan baru sampai. time tu da kul 6.30 ptg tapi 6.30 dia macam 7.30 kita. Dah gelap!!! Sedihnya la haihhhh. Da la Mui Ne ni aku nak pegi sebab sand dune dia je..skali sampai da gelap plakkkkkk...nak tak nak panjat la jugak. June takmo panjat. Dia cakap..punya la susah payah datang..mcm ni kat construction kat Malaysia pon ada...cisssssss. hahaahahaha sungguh x menikmati alam langsung. Memang luas la padang pasir tu. Mencungap la jugak jalan atas pasir.
Aku expect aku akan dapat amek gambar macam ni kat sand dune tu
or at least macam ni la..
tapiiiiiiiiii....
sebab da petang..macam ni je la yang mampu..
why...
oh why.........
Tepat pukul 1 pagi kitorang dah tercongok kat depan umah tu menunggu bas. Katanya baspukul 1.30 pagi. Tunggu punya tunggu pukul 2.30 baru bus tu sampai. Sleeper bus. Bas tu dari Ho Chi Minh. So seat kosong tu semua yang orang da turun. Duduk je la..selimut tak pakai..geli. Aku macam biasa, asal ada kesempatan zzz terus.
Tepat kul 7.30 pagi kitorang sampe kat Nha Trang. Bas tu berenti kat depan opis dia. Letak bag then jalan2 nak carik makan n nak carik transport ke Da Nang. Jalan punya jalan jumpa la satu travel agency ni. Perempuan ni owner travel agency tu. Dia advised amek train direct pegi Da Nang, 575k dong. So kitorang beli je terus. Dah settle tiket semua, kitorang amek kesempatan nak merayap kat area situ sebab train kul 4.30 ptg...menaun la nak menunggu. So basically Nha Trang ni macam PD gak...cuma dia lagi besar la n lagi cantik. Disebabkan area laut, maka kat situ sangatlah panas. Lepas makan n jalan2 ala kadar, kitorang balik kedai tu melepak buat macam kedai sendiri..melepak, layan WiFi n mandi manda. Pukul 4.00 petang bersiap gerak ke train station situ.
Kalau beli tiket jangan la beli tiket yang murah sangat. Sebabnya setiap gerabak lain2 jenis. Yang kitorang punya 1 bilik yang ada 4 katil. Walaupun sempit tp still ok. Malam tu boring2 kitorang pergi kat kantin dia. Nak pergi sana tu kena lalu gerabak2 yang lain. Gerabak pertama yg kitorang lalu ditempatkan kerusi yang boleh adjust tempat sandar dia tu. Pastu gerabak depan lagi sama macam tadi tapi tak boleh nak adjust. Pastu gerabak yang sebelum kantin tu lagi sedih...kerusi dia kayu je. Ada yang tido atas lantai, tak kira tua atau muda. Nak langkah tak sampai hati tapi terpaksa jugak sebab dorang nyenyak tido. Masuk je kantin dorang muka pelik je tengok kitorang. Mungkin sebab jarang orang luar naik train tu pergi sampe ke kantin dia.
Mulakan hari anda dengan sarapan yang mencukupi
Inilah si cantik yang baik hati tu. Nama dia Nhung. Dia ada bukak restoran tapi time tu tengah renovation. So dia tengah bercuti la kiri tu
Da lama teringin nak tengok sampan bulat dorang ni. Tau pasal tempat ni time tengok amazing race.
Lepas terbakar kulit, kita singgah kedai ni untuk makan seafood..fresh2 semuanya
Cubaan melarikan diri daripada menjadi mangsa
Dah habis makan, cepat2 balik rumah Nhung and kemas barang. Pastu kena gerak terus ke airport. Walaupun the last 3 days of the trip agak kelam kabut, sebab tak study betul2 dia punya route, tapi aku still suka. Adventurous. Dan jugak dapat pergi satu lagi tempah yang tak ada dalam initial plan iaitu Nha Thrang. Tapi yang sedihnya tak dapat nak pergi Hoi Anh. Takpe..aku akan pastikan aku sampai ke situ nanti.
~boomboom
menarik...best baca..
ReplyDeletethanks :)
ReplyDeletedatanglah lagi
babe, okay ker naik bus waktu malam..bahaya x? beli tiket kat kaunter ekh? tak beli melalui online?
ReplyDeleteSeafood yang segar mesti sangat sedap untuk dimakan! Kedai yang membekalkan seafood dengan lori frozen dari laut ke restoran akan menjamin kualiti seafood mereka lebih-lebih lagi seafood yang di tepi pantai mesti lagi fresh! Blog anda menarik dan bestnya baca.
ReplyDelete