Saturday, 9 May 2015

Yogyakarta (Jogjakarta), Indonesia - 4 hari tanpa GST






Day 1: 17 April 2015

Berbekalkan 1.7juta rupiah (RM500), kitorang terbang ke Jogjakarta dengan lafaz bismillah. Perasaan takut naik kapal terbang still ada lagi sejak kejadian2 flight ni. Ni kali kedua aku nak jejak kaki ke Jogja selepas lebih 10 tahun. Dulu pergi ngan family ni pergi ngan ngan member. So feeling dia lain sikit. Flight kitorang pukul 9.45am. Park kereta kat Putrajaya Sentral, then naik erl ke KLIA2.

Flight ke sana lebih kurang 2 jam setengah. 11.20 waktu sana kitorang sampai dah. Sampai2 je supir kitorang, Mas Hadi dah tunggu. Destinasi pertama haruslah kedai makan. Dia bawak kitorang pegi makan soto kat kedai soto Pak Sholeh. Sedap rasa dia..maksud aku yang sedap tu soto, bukan Pak Sholeh.

Panas terik gila, sampaikan yang menunggu tepi pintu tu pun berlengging je
Soto nasi, datang sekali dengan paru, perut n apa ntah lagi. kalau tak makan dia tak charge
Lepas kenyang, destinasi pertama kitorang ialah Kalisuci. Kitorang decide untuk terus pergi situ. Jimat sikit masa. Kalau check in dulu, haruslah nak membongkang2 atas katil dulu kan. Perjalanan dari situ ke Kalisuci ni dalam sejam je. Mas Hadi cakap jauh tapi sejam je sebenarnya. Mungkin jauh pada diorang kot. Kat Kalisuci ni kitorang nak buat cave tubing. Kat Jogja ni banyak jugak gua batu kapur. Cantik tempat ni. Tak mahal pon nak bercave-tubing ni. 70k rupiah je, dalam RM20. Murah kan?


Aktivi ni ambil masa dalam sejam. Tak jauh sangat pun tapi kitorang berhenti untuk berendam2 sekali. Sekali dengan kitorang time tu ada 5 orang yang lain. Budak2 Jogja. The more the merrier gitu. Sepanjang sungai tu ada 3 gua yang kitorang lalu. Gelap dalam gua tu. Sambil duduk atas tube tu, pekerja kat situ akan cerita pasal tempat tu. Bahasa dia mana yang aku paham, aku paham la. Yang aku tak paham pun aku buat2 paham je la. Oh ya..jangan risau pasal keselamatan. Sebab kat sini pun diorang pentingkan keselamatan orang yang datang gak. Sambil bertubing tu, ada 2 orang yang assist kitorang, Andros n sorang lagi tak tau apa nama dia, Ok diorang ni. Jenis kepala masuk air. Kitorang dok atas tube, diorang jalan redah sungai. Tak dalam sangat pun. 

Kepala, siku n lutut..semua lengkap
Laluan bertangga sampai la ke sungai..sambil tu si Andros ni bercerita..iyakan aje. Gaya dah macam YB melawat kawasan


Tempat mula
Cuba carik muka orang...


Seronok sangat ko ni...
Part paling best..air laju
Tengah discuss pasal next trip..ecehhhhh
Sampai sini je la...
Tiub2 ni semua diorang susun n ikat..then diorang tarik sampai atas. Nak suruh kitorang angkut sendiri balik..memang tak la..panjat bukit kottttt

Kemain pacak lagi tangga dia..rasa nak suster ngensot je time ni
Ayuhhhh..ringankan punggungmu
Dah settle tukar baju semua, lepak layan teh n bakso. Yang tu sekali dalam pakej. Habis situ kitorang plan nak terus ke Pantai Timang, tengok nelayan tangkap lobster. Tapi Mas Hadi cakap agak jauh sikit. Takut nanti bila sampai dah gelap.. jangankan kata lobster, nelayan pon tak nampak nanti. So yang paling dekat kat situ, Pantai Baron. Tu pon dalam sejam lebih gak la perjalanan. Kat pantai ni ombak dia tinggi gila. Kalo orang pandai surfing ngam la. Time tu nak dekat pukul 6 dah tapi gelap dia macam pukul 7 malam waktu kita. Kitorang decide untuk makan sekali kat situ sebab kang nak balik ke Jogja lagi sejam lebih.

Time kitorang samapi sini orang tak ramai, sebab hari Jumaat kata Mas Hadi. Kalau weekend lagi ramai.




Focus pada ombak..bukan orang dating tu
Nasi sejambah, ketam 2 ekor, sotong 2 jenis, sayur n air2 tak sampai rm50 pun. Murah!
Balik tu kitorang singgah Bukit Bintang. Kat sini tempat diorang melepak. View menarik, boleh nampak bandar Jogja. Kedai yang kitorang pilih ni chill gila. Ada level2. Yang macam disco pon ada. Tengok lampu2 bandar Jogja sambil layan kopi o n pisang cheese. Total tak sampai rm3 pun. Rasa nak pindah je dok sini. Dalam pukul 9 malam kitorang sampai kat bilik 2 malam kitorang, The Wayang Homestay. Rating kat website (agoda, airbnb, tripadvisor) semua tinggi2 untuk tempat ni, harga pon murah. RM102 untuk 2 malam. Murah kan?

Gunung Kidul ni daerah kat sini
Waktu malam cantik,,,waktu siang pun cantik
Kalaulah kat KLada tepat macam ni..chill gila
Sambil layan kopi o n pisang cheese
The Wayang Homestay. Pekerja dia baik2


Dapur bukak 24 hours..oleh order apa mau..tak mahal pun
Day 2: 18 April 2015

Sabtu pagi buta pukul 3.40 Mas Hadi dah tunggu nak bawak kitorang tengok sunrise kat Candi Borubudur. Kalau nak tengok sunrise kat Candi Borubudur ada satu tempat je, Hotel Manohara. Aku ingat Manohara yang kawen ngan kerabat Kelantan tu tapi bukan. Sebenarnya ada tempat lain lagi sebab kat pintu gate hotel ni ada beberapa orang tunggu dengan motor, bawak tengok sunrise tapi tak sure mana dia akan bawak. Agak bahaya la sebab kita bukan tau tempat tu. Buatnya dia bawak pegi hutan..masuk paper je la cerita pasal ko lepas tu. Dari homestay ke hotel ni ada la dalam sejam 10 minit. Tiket untuk sunrise 380k rupiah. Pada aku agak mahal la. Dia bekalkan torchlight sorang satu tapi kena pulangkan..bukan souvenir ye. Jalan tak berapa jauh sangat. Sampai2 je orang dah ramai menunggu.

Kat sini tempat beli tiket
380k rupiah sorang..pricey sikit la
Sampai je atas ni orang dah ramai port ngadap gunung tumggu si matahari
View memang cantik..nak2 pulak dengan bunyik ayam2 jantan berkokok n burung berkicau2
Ni pon view menarik gak..back view





Dah puas bergambar semua, pukul 7 kitorang gerak dari sit menghala ke Gua Jomblang. Gua Jomblang ni gua batu kapur gak. Sama macam cave tubing Kalisuci, diorang start buat tahun 2009. Gua Jomblang ni makin glamer lepas masuk Amazing Race. Makan 3 jam jugak la nak sampai ke gua ni. Nasib baik aku ada inform Mas Decky (owner company transport yang kitorang sewa) yang kitorang nak pergi ke Gua Jomblang. So dia dah bookingkan untuk kitorang. Rupa2nya tempat ni maksimum 25 org je sehari yang diorang ambik, Dia provide kasut Phua Chu Kang, so ko sarung je la tanpa pedulik bau kaki siapa yang sarung tu sebelum ko. kekekeke.



Nak caving ni kena bayar 450k rupiah. Sebab pakai tenaga orang dan kelengkapan keselamatan yang ada. Dia akan turunkan ko 60m ke bawah. Kitorang antara yang last turun. Terjerit2 dua beradik dari Singapore yang turun sebelum kitorang. Kaki n tangan semua gigil2. Dah turun tu kena redah sikit lecak2 nak sampai ke gua. Dalam gua ni gelap gulita. Ada 3,4 lampu je dorang letak kat dinding, Kalau nak datang sini make sure bawak seluar lebih or seluar biasa2 je sebab nanti seluar akan kotor kena lumpur. Kat sini ada sediakan toilet n tempat mandi...bersih.

Kitorang orang yang last sampai
Gigil2 lutut dia..terjerit2 kat situ
View time tengah turun..60m dari atas
June turun dengan hero dia
Mencabar nak turun pergi ke gua tu. Jalan berlecak, kalau tak hati2 memang berguling ko dengan orang2 bawah tu skali. Cepat sikit sampainya.
Jalan dalam gua tu dalam 600m then akan sampe ke penghujung yang mana ada lubang kat atasnya. Cahaya masuk dari lubang tu, kat bawah pulak ada sungai n sungai tu mengalir sampe ke Kalisuci yang kitorang pergi semalamnya. Memang cantik..memang menakjubkan kuasa Allah. Orang2 kat situ panggil tempat tu cahaya syurga. Cahaya tu macam cahaya yang starting cerita Mr.Bean jatuh atas jalan tu. Waktu paling sesuai datang sini pukul 10 pagi sampai 12 tengahari sebab matahari tengan naik. Lepas dah puas bergambar, masing2 patah balik laluan yang sama. Mencabar jugak la sebab lecah nak kena panjat sikit bukit tu. Then dari tempat yang dia turunkan, dia tarik balik ke atas. Proses ni semua guna tenaga manusia, tak pakai mesin pun. Kat atas diorang bagi lunch pack (nasi, ayam, sayur) n mineral water.

Awal2 masuk gua tu berlecak n tanah lembab
Masing2 start posing bila jumpa cahaya keimanan
Lubang dia tak besar pun sebab tu bila terbias dia jadi cantik
Ada yang skidded time naik balik ni
Mangsa2 yang diselamatkan
Bayangkan berapa banyak tenaga diorang tarik aku ke atas..sekali naik 2 orang plak tu..berlaga tulang temulang
Inilah sebabnya kenapa diorang bagi pakai PCK punya boots. Dengan seluar2 semua kena. Tak bawak seluar spare plak tu. Mas Hadi tahan hidung je la
Balik tu plan nak ke Pantai Timang tapi disebabkan cuaca tak menentu sangat kena cancelkan lagi. Aku teringin nak pergi Pantai Timang sebab nak naik gondola tradisional yang nelayan naik untuk tangkap lobster. Tapi benda tu bahaya sikit la sebab kat bawah gondola tu ombak kuat. Kitorang decide untuk balik je. On the way balik berenti dua kali untuk makan, soto n kupat tahu. Kupat tahu ni memang makanan orang Jogja. Memang sedap. Elok je on the way tu hujan lebat. Sebelum balik homestay Mas Hadi bawak kitorang pergi beli bak pia. Kat sini memang terkenal dengan bak pia. Kira macam signature kuih diorang la. Hujan sampai ke malam hujannya. End up kitorang dok dalam bilik je.

Singgah berenti makan soto
'Pandang apa lho?'
Tahu kupat..the best!
Singgah makan durian..ternyata semua durian sama je rasa dia walau dari negara mana pun...hehehe
Kalau nak beli bak pia ni beli bakpia pathok 25
Ni bakpia inti kacang hijau
Day 3: 19 April 2015

Besoknya bangun lambat..nama pon bercuti kan. Tapi takde la lambat sangat pun. Dalam pukul 8 lebih. Turun breakfast then dok melingkar balik atas katil. Check out pukul 12 tengahari, Bag semua tinggalkan kat homestay then kitorang jalan carik makan n terus ke Malioboro. Sepanjang jalan tu memang tempat berjualan, kat kaki lima kedai. Macam2 ada, mak bapak je takde. Cuaca panas terik gila. Lepas da tak larat, kitorang balik homestay balik n ambik airport cab pergi airport, 80k rupiah. Kitorang dah siap ketepikan sorang 100k rupiah untuk airport tax tapi peliknya tak ada pulak diorang mintak. Tak sure pulak kalau airport tax tu dah dimansuhkan or mungkin dorang dah kaya..so tak yah nak berairport tax lagi da..hehehe.

Naik beca (orang sini panggil becak) yang basikal tu. 40k rupiah. Kesian pakcik tu kayuh panas2
Ramai sunnguh umat kat sini
Macam2 ada jual kat sini..
Kat sini memang glamer dengan kereta kuda. Kadang2 ada bau busuk sikit
Aktivit waktu senggang
Es durian
Es teler..penghilang dahaga


Banyak yang jual dream catcher ni..tak tau la skang tengah in ke trend ni kat sana



Sampai ke sini dia kejar buah tu
Flight = rm255
Supir = 1 juta rupiah (rm289) untuk 2 hari
Accommodation = rm102 untuk 2 malam
Cave tubing = 70k rupiah (~ rm21)
Candi Borubudur = 380k rupiah (~rm110)
Gua Jomblang = 450k rupiah (~130)

Ganas betul nama kedai ni
Becak di Jogja 

Round about yang tak berapa nak round sangat

Banyak yang tinggal orang tua je sebab yang muda dah pergi keje kat bandar
Dah tua tapi ni je pilihan yang diorang ada
Makanya apa??
Dia carut ke apa tu?
'Hey dumb dumb..where's my gum gum'
Sun bathing
'I bless u my child'
No doubt they love sun bathing
View sepanjang perjalanan

Betapa kau akan bersyukur bila kau tengok kepayahan yang diorang lalui..asal barang jadi uwang


Kempen catu anak. Nak buat macam mana...takde hiburan lain
Kalau rumah aku ni...20 tong pun belum tentu cukup untuk sebulan


When being strong is the only option they have
Tetaplah tersenyum walau seberapa berat pun bahu kau menggalas. Semoga bebanmu diringankan wahai ibu



Tepat pukul 12 malam, kuda akan bertukar menjadi tikus dan keretanya bertukar menjadi labu
'Jika kau tak mampu memiliki apa yang kau sukai, sukailah apa yang kau miliki'

~boomboom

5 comments:

  1. Haha, tajuk tak boleh tahan...siapa kata situ de GST? Ada je, tapi kita tak nampak sebab tak tertera hehe.. Apa pun, love the post! Great picture! Great post! Great info! Good job!!!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Please go dik...banyak tempat cantik2 kat sini

      Delete