Monday, 29 February 2016

St. Petersburg, Russia



1st September 2015



..sambungan dari sini


Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. 1.40 petang (local time) train dijangka sampai. Sebab excited sangat nak sampai, masing2 dah bangun awal. Dalam pukul 11 masing2 dah siap packing semua barang. Dah tak larat nak duduk dalam train sebenarnya. Naik train dari Beijing ke Ulaan Bataar ok lagi sebab view cantik, boleh keluar kepala kat tingkap. Train yang ni tak boleh. Tingkap plak macam tak berapa nak clear sangat. View pun tak berapa nak wow sangat macam journey sebelumnya.

Makcik katil bawah. Patutnya dia dok atas. Tapi dia cakap dia sakit lutut..kesian la plak. Ok la makcik..nasib baik alasan kukuh.
On the same day, kitorang terus gerak ke St. Petersburg and stay kat sana 2 malam. Train ke sana da siap beli online dari Real Russia (realrussia.co.uk). Ticket ada 2 jenis, e-ticket dan e-registration. e-ticket ni once dah beli dorang akan hantar e-ticket via email and bila kat sana kena bawak printed e-ticket tu, tukar kepada physical ticket. Kalau e-registration plak, bila dah beli dorang akan kasi voucher via email. Time nak naik train tu, just tunjuk printed voucher tu dan jugak passport. So yang paling senang, pilih la e-registration. Tak payah susah2 nak carik counter untuk tukar physical ticket sebab dorang tak berapa nak pandai sangat cakap english..unless kau pandai cakap bahasa dorang, silakan. Harga sama je dua2, boleh pilih mana2. Kitorang ambik e-registration, tapi tak berapa nak yakin. So carik la counter ticket. Memang payah la nak carik, language barrier.

Dalam ni tempat ambik tiket train




Physical ticket yang akan dapat kalau beli e-ticket.

Train pukul 4.30pm dari Moscow Leningradskiy Station. Train station ni dekat je dengan train station yang sampai dari Ulaan Bataar tu tapi ambik masa dalam 20 minit jugak la nak jumpa sebab tanya orang sana sini. Ada yang kitorang tanya tapi dorang tak nak layan. 3, 4 orang jugak la yang taknak layan. Dah la taknak layan, muka eksyen plak tu...pandang pon taknak. Tak reti cakap bahasa inggeris lettewwwwww...

Aktiviti mengusung bag starts here
Sementara nak tunggu pukul 4.30 tu, aku heret Kak Saf pergi bank withdraw duit. Nasib baik dia bawak kad bank dia, so aku dah mayday2 kakak2 aku sebelum train gerak dari Ulanbataar aritu untuk transfer duit ke akaun dia. Kalaulah dia tak bawak kad bank dia..oh makin sadis la hidup aku sepanjang trip tu. Mungkin aku berhibernasi dalam hostel je. Ok back to the story. Setiap transaction ko bleh buat maximum 7500 rubles je dan setiap transaction kalau ko pakai cimb bank dia akan charge rm10.60. So go figure berapa dia charge kalau 5x transaction..hahaha. Tapi charge tukar duit kat bank pun harga lebih kurang gak. So think wisely nak cucuk duit ataupun tukar kat bank.

Speed train from Moscow to St. Petersburg
Setiap gerabak akan ada sorang jaga untuk check ticket. Kalo e-registration, bagi passport then dorang akan check kat device dorang and akan appear seat number

Setiap coach ada tempat letak bag

Kalau flight ada FA, dalam train mungkin dorang panggil TA..mungkin laaa


Seperti yang dijanjikan, pukul 4.30pm train gerak dah. Memang punctual. So kena la datang awal sebab train tu panjang gak. Buatmya ko punya gerabak nun jauh di hujung sana, babai je la jawabnya. Journey ke St.Petersburg ambik masa 3 jam 55 minit. Sebenarnya ada banyak je train ke sana. Ada yang 8 jam, ada yang 9 jam. Yang lama tu ada katil. Train yang kitorang naik tu Sapsan nama dia, high speed train. Macam Shinkansen kat Japan tu la. Dalam train ni ada stewardess gak, tolak makanan. Souvenir pon ada.

Selamat sampai ke destinasi

Saint Petersburg dalam bahasa dorang
Sampai je kat sana, keluar dari train station rasa seronok plus blur. Seronok sebab dah sampai kat St.Petersburg yang cantik dengan building2 dia yang berlampu2. Blur plak sebab nak carik hostel. Dalam email ada bagi direction tapi lepas baca beberapa kali rasa macam direction dia dari tempat lain. Tak sebut plak pasal roundabout depan train station (St.Petersburg Moskovskiy Station) ni. Nasib baik dia ada bagitau yang hostel tu depan Radisson Hotel. So guna tu sebagai landmark, kitorang tanya orang2 dekat situ.

Moskovskiy Station

Keluar dari station tu terus rasa wowwww
St. Petersburg ni macam bandar cahaya. Memang cantik. Waktu malam building kasi sini semua disimbahi lampu. Berapa la bil api setiap bulan ek
Semua reka bentuk lain2 *eppppp jangan tengok lama2*

Dalam 20 minit jalan dengan mengendong backpack masing2, terjumpa la hostel tu. Legaaaa. Hostel tu kat tingkat 2. Time naik tangga tu rasa macam 'Alamak, aku dah salah pilih hostel ke?'. Sebab tangga tu macam tangga nak ke motel2 too-cheap-almost-free je. Tapi bila dah masuk hostel tu, rasa kagum jap. Cantik sama macam dalam gambar. Kadang2 dalam gambar kemain cantik lagi dengan lighting bagai, skali masuk rasa tertipu. Yang ni tak, what you see is what you get orang jawa cakap.

Time nak check in tu ada sedikit scene terjadi. Si Julia ni mintak sorang 250 rubles. Kat atas meja ada tulis 'Registration fee required by Russian Government 250 Rub'. Nasib baik sebelum pergi tu aku ada terbaca then aku buat sesi soal jawab dengan Real Russia. So aku refuse la nak bayar and aku bagitau sebab dia. Yang kat sebelah aku plak da bising2 suruh aku ckp tak la apa la. Ye la..sabar la..aku tengah settlekan kottt. Julia cakap la nanti kalau kantoi ngan polis ke pape susah. Masalahnya aku dah tanya siap2 kot sebelum datang. Pastu dia ada call sape ntah..then baru dia cakap ok. Aku wonder..kalau orang main bayar je..duit tu dapat kat dia ke dapat kat gomen dorang eh? hmmmmm


Betul2 opposite Radisson Hotel.

Hostel dia kat tingkat 3. Agak payah untuk yang bawak bag tarik

Aku da siap2 kawtim dengan Stacy sebelum pergi lagi
Julia the hostel keeper. Muka dia dah jem sebab tak berjaya suruh kitorang bayar 250 rub..banyak kotttt
Cantik kannnnn


Ada single room, 2 bedded room, 4 bedded room and 6 bedded room.



Air tak free..kena bayar. Air putih ye free.

Kat sini dorang ada sediakan laptop kalau nak pakai tapi nanti tengah malam dia simpan balik. Kang ada plak yang rembat nanti. Sini WiFi pun ok..laju je. Tegak nawa masing2

Disebabkan kitorang ni berlima, so aku terpaksa ambik mix room..tu je yang ada yang boleh muatkan semua orang. Dah ada penghuni dah dalam bilik tu, mamat Aussie tapi muka macam Malaysian. Aku suspect kampung dia dekat2 dengan New Zealand, yang kaum Samoa tu.  Sepatutnya dia nak naik train Transiberia tu, tapi malangnya dia kena pickpocket gak. So kena balik negara dia balik. Yang bezanya aku dapat passport aku balik, dia tak dapat. Memang aku rasa bersyukur sangat la. Walaupun duit aku semua kena rembat tapi aku still boleh teruskan journey aku.

Malam tu keluar carik makan. Time jalan carik hostel tadi jumpa kedai kebab, so ke kedai kebab la kita. Halal dan diyakini. Harga pon ok la. Kedai halal kat tempat macam ni kan. Tak mahal sangat dan tak lah murah sangat. Perut dah kenyang kitorang pon merayap2 la dekat2 situ. Kira sneak peek untuk besok la ni. Aku suka St.Petersburg ni. Building kat sini tak tinggi mencakar langit dan cantik, especially waktu malam. Lampu2 jenis yang macam lampu tido tu. So bila kena kat building, jadi cantik je.



Kat sini macam KL gak..tak tido. Meriah gila..bunyik motor..kete..
Fast and Furious abis. Kalo kereta aku sondol dari blakang nih..nescaya berlubanglah bumper depan
Hey sexyyyy...

2nd September 2015

Pagi yang gelap kini sudah terang...
Suka aku tengok kereta jenis lama2 macam ni..macam style je rasanya

Since besok nak gerak ke Moscow, arini kita kena la all out jalan semua tempat yang ada. Tempat pertama yang kitorang tuju ialah kedai makan. Papehal pun kekenyangan cacing2 dalam perut adalah keutamaan kami.. kalau tak kang mengiau2 dia dalam perut mintak suap. Ada orang suggest kedai makan berhampiran train station yang kitorang turun semalam. Tak susah sangat pun nak carik kedai ni. Nama kedainya Yalla Khalal..kedai orang Uzbekistan. Makanan not bad..sedap dan mengenyangkan..cacing2 kami kegembiraan.

Landmark kedai: Betul2 depan Park Inn hotel
Daging kambing masak apa ntah..dimakan bersama roti. Roti memang makanan kebesaran dorang...macam arab gak

Mamat yang tolong dengan seribu satu kepayahan. Almost semua orang yang kitorang tanya kat sini ada translate apps dalam phone dorang. Bagus gak kan.
Then kitorang terus gerak ke Peterhof Palace sebab tempat ni yang paling jauh antara attractions yang lain. Setelah mengharungi kepayahan berbahasa dengan beberapa orang, dapat gak kitorang jumpa cara nak ke sana. Train kat sini yang bagusnya, ko pegi la mana2 destination pun, harga dia tetap sama; 31 rubles (lebih kuran rm1.90). Pegi station sebelah harga macam tu, pegi station dari hujung ke hujung pon harga macam tu. Murah kan. Nak beli token ni pulak ada dua cara, samada ko beli kat kaunter atau ko beli kat mesin dia.

Tak serabut sangat..janji kena tau connection kat mana. Aku suka naik train yang banyak line macam ni..mencabar

Kat sini train station dia cantik2
Kat sini railway dia jauhhhhh ke bawah. Paling lama naik escalator ni 3mins 14sec




Train dia macam dalam movie The Taking of Pelham 123
Ikut kata mamat yang kitorang tanya tu, stop kat Leningsky Prospect station (Line 1) then kat sana nanti pandai2 la carik. Sampai je kat sana memang tercangak2 la masing2. Kat sini semua signboard memang tulisan diorang je, takde English ni. So jumpa je lubang keluar dari subway tu, keluar je la pastu baru tanya orang yang lalu lalang. Kat sini kalau jumpa orang yang boleh berbahasa inggeris macam budak darjah 3 pon dah rasa satu keberuntungan. Orang tu tunjuk ke kiri, ikut je la ke kiri. Kalau dia tipu pun nasib je la. Tapi ni nasib baik dia tak tipu. Jalan tak jauh sangat then jumpa minivan berderet2. Tambang ke Peterhof tu dalam 65 rubles.


Kat sini berderet minivan menunggu untuk ke Peterhof. Sorang 65 rubles je
Kat kawaasan ni ada tram tapi tak sure apa kawasan ni.
Peterhof Palace ni basically istana dalam taman yang banyak air pancut. Tempat ni ada dua bahagian...Upper Park dan juga Lower Park. Upper Park ni masuk free je, Lower Park kena bayar. Time kitorang sampai ni matahari tengah naik, so sedang elok la untuk bergambar. Kitorang pegi park yang bahagian atas tu je, yakni yang free entrance. Kalau nak pergi yang bawah tu confirm tak sempat nak pegi yang kat tempat lain sebab park yang kat bawah tu lagi luas tempat dia. Alangkan yang kat atas tu pun dah berejam, inikan plak nak pegi yang kat bawah.

Ni kat bahagian entrance untuk Upper Park.





Keluar dari Upper Park ada tempat beli tiket untuk Lower Park, machine operated.

Senarai harga tiket
Agak2 yang buta instruction tu, boleh beli dari kaunter.
Yang ni dah keluar dari park

False alarm..ingatkan ini Spilled Blood tu tapi hanyalah church seberang jalan. Takde orang pergi pun. Tengok macam tengah renovate tapi tak tau la kalau dah tak pakai langsung.

Balik tu ambik minivan pegi Avtovo plak. Kat situ banyak je minivan macam tu, so tahan je yang mana2. Second destination ialah Neva River, nak tengok jambatan terbukak. Dari Avtovo station ni kena amek Line 1, berhenti kat Pushinskaya then tukar ke Line 5 (Zvenigorodskaya) untuk pegi ke Admiraltyskaya. Kat sini memang banyak line. So kena tengok map station betul2. Dari satu line ke satu line takyah beli tiket baru, unless ko dah keluar dari station tu.

Kat sini banyak orang jual coffee macam ni. Siap ada free WiFi. Tapi harga dia pun takde la murah sangat. Gambar sekadar hiasan..
Bila dah exit dari Admiraltyskaya station tu kitorang just tanya orang2 dekat situ je cara nak pergi ke Neva River tu. Tak jauh pun jalannya. Bila sampai situ, akan ada orang pakai jacket warna oren akan approach cakap pasal river cruise. Naik atau tak terpulanglah. Bila ditanya pasal bridge, diorang bagitau bridge tu akan bukak malam nanti tapi aku tak dengar pukul berapa. June cakap 11.30 malam. Ok takpe..banyak masa lagi ni...so kitorang merayap la tempat lain dulu.


Jenis yang jaket oren ni la yang akan approach untuk ajak naik cruise. Yang ni dia tak approach kitorang pun sebab tengah busy call orang umah dia baru bersalin kat kampung. Tengah happy la tu..ye la..dah setahun lebih tak balik kampung la katakannnn.
 
Ni lah Neva River and tu la bridge yang akan kita saksikan malam nanti


Zoological Museum betul2 depan Neva River tempat orang naik cruise tu
Attraction places semua dekat2 sini, walking distance je. Dekat area ni ada Hermitage Museum, Church of the Savior on Spilled Blood dan lain2, semua walking distance. So dari bridge tu kitorang pegi carik Church of the Savior on Spilled Blood. Ni pun mencabar gak nak carik. Tanya orang sana sini, arah dorang tunjuk tu ada yang lain. Lastly jumpa jugak la. Kat area tu ada orang2 berjualan, kena bargain harga yang murah sikit la. Kat sini bila dah terleka, group pun dah terpisah. Kami 3 orang..Ika and Saf jalan sekali. Agak lama jugak tunggu diorang, last2 terpaksa gerak jugak sebab perut mintak diisi. Kitorang tuju balik kedai yang kitorang pergi untuk breakfast tu.


Buat2 paham je la ye
The State of Hermitage Museum
Kat sini..tak tau la apa ocassion...tapi banyak perempuan yang bawak bunga. Rasa tercabar bila tengok orang tua pun dapat bunga..ko hado???


 



Sini ada city tour by bus gak..tapi tak sure berapa harga pasal kitorang tour by legs

Segway pun ada kalau nak sewa


Inilah Church of the Savior on Spilled Blood. Kalau MakTom tau aku pegi tengok benda ni..mesti dia cakap..gereja orang ko sebok nak carik...masjid ko taknak plak susah payah pegi...hehehehe love u mom!
Kat sini banyak Hummer limo yang dorang buat sewa...contoh untuk kawen ke
Kat sini sederet orang berjualan..barang semua lebih kurang je...harga pun tak jauh sgt beza. Kalau kau rajin kau jalan la sampai hujung bargain harga then patah balik ka kedai paling murah. Tu pun kalau taukey tu nak layan kau lagi.

Sebenarnya dari situ boleh je jalan kaki balik ke hostel tapi sebab masing2 kelaparan and kaki mula sakit, so naik train je. Dah habis makan kitorang gerak balik tapi time on the way jalan kaki tu, semua kedai kitorang nyinggah. Macam2 yang nak dibelinya. Sebelum tu June ada bagitau yang bridge tu pukul 11.30 dia bukak. Time tu dah pukul 10.30 malam. Cepat2 aku dengan Ekin gerak. Sebab kaki da penat pakai kasut dari pagi, aku and Ekin pakai selipar je. Aku time tu pakai skirt. On the way tu sempat jugak nyinggah kedai2. Disebabkan time tu dah pukul 11, bukan main laju lagi aku dengan Ekin jalan; takmo terlepas the show katanya.



Kat sini baik lelaki mahupun perempuan, ramai yang naik skateboard, roller blade dan jugak skuter kaki macam tu...yang jarang kita nampak kat negara kita. Mungkin sebab keadaan cuaca?
Cara dorang nak promote kedai. Ada pakai suit bear macam ni..ada yang jadi Pooh, ada yang jadi Eeyore..macam2 la
Nak pergi tengok bridge terbukak lalu tempat yang sama...cantik dengan lampu2

 
Palace Square and Winter Palace di waktu malam. Orang ramai lepak2 je kat situ. Ada yang main motor, ada yang buat show.









Sampe je kat tepi jambatan tu aku tengok takde orang. Ada tu ada la..tapi bape kerat je. Aku pelik la..takkan la takde orang nak tengok bridge tu terbukak. Then bila Tanya orang dekat situ, dia cakap bridge bukak pukul 1 lebih. Ahhh..memang rasa damn la kan. Dah la dengan kitorang pakai selipar nih, tambah aku plak pakai skirt dengan takde longjohnnya..malam tu memang sediakala sejuk, tambah plak lagi dok tepi sungai..memang double triple la sejuk dia. Macam2 cara la kitorg buat nak kasi ilang sejuk..tapi yang paling sengsara aku la..beku!

Dalam pukul satu pagi tu, orang dah ramai port kat tembok2 tepi sungai dah. Kitorang pun menyelit la nak port yang best gak. Meriah gak kat situ. Siap ada orang yang jual tanglung yang kena bakar tengah2 pastu terbang tu. Sejuk kat situ takyah cite la..memang sejuk gilo. Dalam pukul 1.15 pagi tu, sungai yang kosong tu tiba2 je banyak boat, lalu bawah jambatan. Tu rupanya cruise yang bawak orang pusing2. Kalau nak naik cruise untuk tengok bridge terbukak, cruise tu gerak pukul 11.30 malam. Sebenarnya kat situ ada banyak bridge. Bridge tu dorang bukak pun bukan sebab saja2 nak bagi orang tengok, tapi sebab kat situ memang laluan kapal2 besar. Jenis macam kapal2 minyak tu. So kalau naik cruise, akan lalu semua bridge..prosesnya semua sama. Cruise2 ni akan lalu dulu sebelum kapal besar tu lalu. Kira macam escort la.

Nak dekat pukul 1 orang da start ambik port tepi sungai.

Keadaan bridge time normal


Time ni kapal2 cruise yang bawak orang tu da start lalu bawah bridge tu

Then slowly bridge tu terbukak..memang amazing view lah
 
 

Then kapal besar akan start lalu bawah tu..satu per satu






 Time bridge terbukak memang meriah la..orang jerit2 tepuk tangan..kitorang tak terkecuali. Memang seronok la. Biasa la..agak kesakaian sedikit di situ. Tapi pedulik apa kan..semua orang kat situ pon sama je. Bridge tu akan terbukak untuk 2 jam. Sambil tengok tu kitorang disajikan dengan mamat ensem main biola. Memang best dia main. Selection lagu pun best. Nak dekat pukul 3 pagi baru kitorang jalan kaki berjemaah balik bilik.









Untuk tau timing bridge2 ni terbukak, boleh try tengok kat www.palytra.com/en/transfers/bridges. Tapi kena tau gak la nama2 bridge yang nak pergi tu. Overall, aku sangat suka bandar ni..cantik dengan lampu time malam. Orang dia tak peduli pasal orang lain pun. Ko buat la apa ko nak buat. Sini nampak macam ramai gak immigrant. Boleh la kalau nak repeat lagi tempat ni..tapi pikir balik pasal cost dia...pergi tempat lain je la.

 p/s:  kejadian duit aku yang hilang aritu jangan bagitau mak aku la ye..kang nanti berjalan tak dapat..telinga berdarah yang dapat. ingat tu!


yeahhhh...double thumbs up!!



tercoret & mencoret,
~ boomboom


































No comments:

Post a Comment