Monday, 29 February 2016

Hiking di Bukit Kembara, Ampang





14th Feb 2016.

Valentine's day katanya. Tapi kita Islam mana sambut benda2 macam ni kan. Dah lama rasanya tak pergi memanjat. So aku decided nak pergi memanjat. Tempat tak jauh sangat and bukitnya tak berapa nak tinggi. Aku ajak gang2 JK1M Taman Melawati panjat sama. Bukit ni sesuai untuk beginner and orang yang tak berapa nak fit macam aku ni.

Sebab dalam group ni ada ahlinya yang sangat menepati masa, so aku suruh dorang berkumpul pukul 7.30pagi kat depan Kelab Darul Ehsan then gerak sama2 ke tempat start panjat tu. Tempat nak masuk tu area taman perumahan. Kalau yang first time datang mungkin tak tau kat mana. Parking pon susah sikit. Kena park tepi2 jalan. Kat situ ramai yang jogging pagi2. Best je tempatnya.

Jalan masuk nak ke bukit tu kena ikut sebelah rumah orang. Nampak banyak kereta parking tu, kat situ la tempatnya
 Aku bagi timing, tepat kul 8 siapa yang lambat tinggal. Thanks to travel buddy aku, sebab dia aku dah jadi seorang yang punctual..kekeke. Macam aku cakap tadi, bukit ni tak mencabar sangat..sangat sesuai untuk beginner. First time aku naik, agak mengah gak la. Dah second time ni aku relax je, siap dah naik suku aku boleh turun balik nak carik orang yang terlambat sampai. Takut kang dorang tak jumpa pulak.

Kat pokok2 ada dia letak sign. Just ikut je. Kira macam checkpoint la ni.
2 sahabat baik. Sorang tu memang kaki panjat bukit. Sorang lagi dah jatuh cinta dengan aktiviti memanjat.

Antara yang tertinggal kat belakang. Tapi sebab laluan dia mudah, so dorang ok je

Trek dia bertangga dan terjaga..bersih je. Kiri kanan tangga ada tali untuk dipegang..so selamat la. Tak sampai 10 minit, sampai kat first stage. Kat sini macam ada kolam yang besar tapi dijadikan kebun. First time aku datang dulu ada satu chinese family ni tengah bercucuk tanam. Lalu kat tepi kebun tu pastu mendaki sikit...dah sampai. Memang sekejap sangat. Team mates pun tak sangka dorang dah sampai. Ingat tinggi lagi.

Pit stop sebelum continue memanjat.




Kat atas ada satu tasik yang besar. Cantik. Ada yang kata tu dulu empangan. But how true the fact is..aku tak pasti. Sebab tak berapa besar sangat untuk tampung rumah2 yang banyak. Lepas dorang dah puas bergambar, kitorang jalan keliling tasik tu. Agak besar gak tapi tak sampai 1km rasanya. kat situ ada air terjun tapi tak berapa nak terjun sangat..jeram rasanya.


Dari bukit ni boleh nampak KLCC
 


Dah pusing 1 tasik, ada yang nak balik dan ada yang nak pusing satu round lagi. So the second round ni kitorang lari plak. Sebenarnya ada satu lagi tangga untuk naik atas lagi tapi aku pun tak pasti kenapa aku tak naik atas tu. Mungkin sebab malas hahahaha. Takpe next time panjat aku akan naik ke atas lagi.


Air terjun kecik
 

Dah puas duduk lama2 atas tu, dalam pukul 10 dorang start turun..by 10.15 dah sampai. Hahahaha memang kejap sangat. Tapi aku seronok tengok muka dorang puas ati. Yang first time buat aktiviti memanjat, siap ajak pergi bukit lain plak. Ada yang cadang nak panajt Broga plak. Tengok la macam mana..pasni kita plan elok2 kita pergi panjat Bukit Broga plak ye kawan2. Yang penting ialah time management, kena punctual.



Nak naik ke tasik ada dua. Yang ni agak curam sikit compare to yang satu lagi
 


Masing2 turun dengan muka puas hati. New achievement for some of them




~boomboom

1 comment:

  1. kenapa tak teruskan lagi mendaki ke puncak yg ada Dataran Bukit Kembara tu?

    ReplyDelete