Friday, 12 February 2016

Maldives - Day 2 Hulhumle-Male-Maafushi

Day 2


Bangun dalam kul 6 untuk tengok sunrise. Cantik gak sunrise dia, tapi air dia tak seberapa bersih seperti yang dibayangkan


Sunrise 
Lepas tengok sunrise terus breakfast di hotel. Makanan dia so far ok mcm makanan orang India. Senang nak dapatkan makanan halal sebab majority penduduk Maldives adalah Islam. 

Breakfast. Credit : Wan Sakinah
Untuk lunch makan kat kedai berdekatan je tapi satu benda aku perasan makanan dorang agak mahal..atau mungkin sebab kita tourist..

Ferry paling awal untuk ke Maafushi adalah pukul 3 petang. Tapi bila tengok dalam blog-blog orang lain sebelum ni dorang ada tulis ferry yang paling awal pukul 10 pagi.

Perjalanan untuk ke Maafushi ni tak susah tapi macam lama. Dari hotel naik bas no N2 untuk ke ferry terminal, tapi since ada yang bawa luggage so kami tidak dibenarkan naik bas. Naik teksi untuk ke ferry terminal dalam 5 minit dan kami bayar MVR50 (untuk 5 orang dan 2 luggage) ermm..mahal gak lah dalam MYR14.

So first lesson jangan bawa luggage. 

Dari ferry terminal untuk ke Male ambil masa dalam 20-25minit. Harga MVR5.50 per pax. Ada juga speedboat yang boleh sampai ke Male dalam masa 5 minit tapi harganya MVR25.50. Dalam 20-25 minit baru sampai ke Male.




Male Town - Capital city of Maldives
       











Sampai di Male, kita terus pergi bersiar-siar di town untuk cari souvenir. Sebab takut nanti harga di pulau agak mahal. Berjaya beli t-shirt2 Dive yang agak cantik untuk harga MVR100-MVR120 (MYR28-MYR33). Tapi benda yang agak mahal kat sini fridge magnet. Rupa yang ntah apa-apa pun harga USD2 each macam tak berapa nak berbaloi. 

Lepas shopping bagai terus ke Villingili Ferry Terminal dengan menaiki teksi sebab cuaca panas dan ferry terminal tu dekat mana pun tak tau. Naik teksi bayar dalam MVR35 dalam 7 minit journey untuk ke ferry terminal tu. Kami dinasihatkan pergi beli tiket ke Maafushi sejam awal sebab ferry ni selalu penuh. 

Harga ticket ke Maafushi ni MVR22 per pax. Perjalanan dalam satu jam setengah. Pisshangggg..









Sampai je di Maafushi orang dari Hotel dah tunggu untuk bawa beg-beg kami. Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai di hotel. Hotel Kaani Village & Spa yang dipilih untuk bermalam selama 2 hari.




Rate hotel ni MYR795 per night tapi boleh muatkan maximum 5 pax dengan satu katil tambahan. So sorang bayar MYR159 per nite. Hotel ni cantik and orang dia pun very helpful. 




Sampai je terus survey package activity. Ternyata package hotel lagi murah pada di UI Inn.
Package :

  • dolphin cruise
  • island hoping
  • sandbank
  • snorkeling 2 points
  • lunch
Package ni semua hanya USD38 berbanding apa yang di offer dan yang dalam package hotel-hotel lain Doplhin cruise je USD60. 

Nite fishing USD28
Fun Dive USD20 

Malam ni, kita tak buat apa-apa kecuali tengok sunset dan dinner secara berjemaah. Dinner per pax USD10 






No comments:

Post a Comment