Monday, 29 February 2016

Transiberia - China dan Russia visa

Setelah mengkaji, dari empat2 negara ni, dua Negara je yang kena dapatkan visa; China and Russia. 2 bulan sebelum pergi, aku dengan June dah prepare siap2 untuk buat visa China ni. Nak buat visa China ni tak susah pun. Jenis straight forward. Download form dia kat sini. Then isi form bawak pergi ke office dia kat Hampshire Place Office. Kalau tak boleh pergi sendiri, boleh hantar wakil. Office hours dan jugak location dia boleh tengok kat sini.

Kat sini kaunter dia banyak. So tak perlu nak tunggu lama.Orang yang datang pon tak berapa ramai. Kat sini ada disediakan printing services. Kot la nak print apa2. Tapi harga agak mahal..sehelai RM2. Tapi ok la daripada nak keluar ke Ampang Park semata2 untuk print. Harga untuk buat visa boleh dapatkan kat sini. Datang bawak passport, tiket flight dan jugak duit...form jangan lupa isi plak. Nanti lepas dah bayar dia akan kasi collection date dan jugak resit.

OK masuk part visa Russia. Alang2 beli ticket kat realrussia.co.uk, aku tanya skali kat dorang kot la dorang boleh buatkan urusan visa ni. Dari apa yang aku baca, nak ke Russia ni kita kena ada invitation letter. Invitation letter ni boleh dapat dari travel agency atau pihak hotel/ hostel yang kita akan stay nanti. So bila aku tanya Real Russia ni, dorang cakap dorang boleh buatkan...sorang 15£. Lepas bagi details semua, dalam sehari siap lah. Ok part tu aku happy dah.

Ni invitation letter yang Real Russia buatkan untuk kitorang. Make sure kena ikut sebijik2 dalam passport. Kalau ada binti/ bin/ anak lelaki/ perempuan kena letak jugak.


So lepas dorang email kata benda dah siap, aku tanya dorang...ada apa2 lagi yang aku perlu buat tak dari side aku and dorang kata tak. Entah macam mana punya bengong, aku anggapkan visa aku settle. Maka tiada lagi masalah yang aku perlu fikir.

a week before nak pergi...

Tiba2 June tanya pasal visa Russia. Aku cakap aku dah siap tapi dia ada share gambar visa orang lain..yang tiba2 buat darah kat muka aku mengering. Pastu terus aku menggelabah carik nombor Russia Embassy. Call banyak2 kali baru la berjawab. Indian lady nama Cindy. Dia bagitau nak buat visa hanyalah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, 9:30am sampe ke 12:30pm. Time ni darah aku semakin lah mengering. Visa kalau 5 working days harga normal RM186 tapi bila urgent jadi double. Ahhhhh berpeluh2 dah aku nih. Cindy kata datang hari Rabu, nanti dia tolong.

Dorang fill up form dorang sendiri then email kat aku. Aku da check banyak kali dah..semua ok. Rabu tu aku pergi balik dengan confidentnya. Kat situ tempat dia memang kecik. Situ memang tempat untuk buat visa je. Cindy ni jaga kaunter depan. Dia agak garang gak la. So semua orang takut dengan dia..semua dengar cakap dia. Sampai turn aku...dia check2...sekali kena reject. Time tu rasa nak menangis pon ada. Tapi si Cindy ni dia betulkan la mana yang salah. Dia suruh isi balik form, datang hari Jumaat. Isnin depan nak pegi dah nih. Aku rasa helpless gila da time tu.

Awal2 lagi orang dah beratur.
Orang ramai..officenya kecik je
 Ikut apa yang Cindy dah betulkan, form tu isi la balikkkk. Jumaat pagi2 morning sebelum pukul 9.30 aku dah terpacak depan embassy beratur nak masuk. Jumaat la plak orang ramai nak buat. Alhamdulillah form kitorang lulus cemerlang. Cuma cost aku jadi bertambah je la. Semua jadi double. Sebab salah aku...aku kena la bayar cost kerugian. hahahahahhaha takpe..janji siap dan boleh pergi. Jumaat yang sangat barakah kekekeke. Isnin flight kitorang malam..tengahari tu baru la dapat visa. Legaaaaaa. Kesimpulannya...baca la dengan betul dan buat la awal2 ye kawan2.

Inilah hasilnya selepas kali pertama di reject.

So ni cara nak buat visa dengan betul:

1. Dapatkan invitation letter dari hotel/ hostel/ travel agency yang lengkap details macam dalam
    passport.
2. Download visa form dari sini.
3. Isi form lengkap details macam dalam invitation letter.
4. Pergi embassy hari Isnin, Rabu atau Jumaat; 9:30am sampai 12:30pm.
5. Dapatkan kelulusan dari Cindy (tukang filter form).
6. Nanti perempuan Rusia kat kaunter akan bagi no account untuk bank in duit. Online transfer
    dorang takkan layan.
7. Pergi la bank mana2 (paling dekat kat situ ialah Maybank) dan masukkan duit ke nombor account
    yang dibagi.
8. Bawak resit bagi balik kat perempuan Rusia tu.
9. Cindy akan bagi bagitau date for collection

Datang sana make sure bawak passport dan jugak tiket flight (especially yang nak cepat). Hasil interview aku dengan orang2 yang menunggu tu, ada yang kena reject sampai 3 4 kali. Ada yang kata dia akan reject form untuk drag waktu sampailah orang tu terpaksa ambik yang urgent processing kalo dah nak dekat2 date yang pergi tu.

After 1 hell week...inilah hasilnya. 


~boomboom