Day 2 – seawal jam 7 pagi (waktu Indonesia) aku dah bangun, mandi dan bersiap-siap. Yelah, hari kedua semangat memang membara nak berjalan di tempat orang ni. 7.50am dah terpacak ke cafĂ© hotel nak claim breakfast free. Huhu. Makanan not bad. Ada nasi putih, ayam goreng, and sayur apa entah, aku tak ingat. Kehkehkeh. Yang aku tau, breakfast masa tu super sedap sebab aku memang tengah kelaparan yang amat. Dan seharusnya perut diisi kenyang-kenyang. Ye lah, kata nak berjimat so kasi full itu tank supaya boleh bertahan sampai ke petang. So belanja untuk makan di luar boleh lah kurang. :p
Meriah mak ngah. Breakfast aku. hehehe |
Supir yang pada mulanya kami telah deal pada sebelah malam iaitu Pak Iwan adalah mengecewakan. Janjinya jam 8 pagi, tapi sampai ke 8.30am, tiada panggilan telefon. Aku dah mula hanginn. Aku call, off plak phone. Damn! Aku amek keputusan nak call balik supir yang hantar kitorang ke hotel pagi sebelumnya. On the spot, si Doni (supir semalam tu) datang rescue. Setibanya Doni ke hotel, aku dan boom2 terus deal nak ke Kawah Putih, dengan bayaran 450,000 rupiah untuk seharian punya trip. Sepanjang perjalanan, hujan lebat dan agak merisaukan, dengan jalan berliku-liku, segala onak duri ku ranjaui, ahhh…apakah ranjaui wei??? Ok, sambung. Sampai di Kawah Putih, aku dan boom2 terus membeli baju hujan paling murah. Murah-murah pun kena hentak 35,000 rupiah seorang. Lebih RM10 hokayyy, untuk baju hujan yang kalau harga kat Mydin Cuma RM1 kot. T____T. ahh, takpe, demi Kawah Putih, aku gagahi jugak sebab sangat teruja tatkala menatap gambar-gambar bloggers lain yang dah sampai. Aku was in Kawah Putih too!!! :p But too bad, cuaca masa tu memang hujan lebat, so tak nampak apa-apa. Bau sulphur yang kuat agak menyesakkan dada. Gigih aku dan boom2 mengambil gambar sebanyak mungkin walaupun view adalah mengecewakan di musim hujan, tapi kena gak gigih. Bukti weh! Hahaha. Pengungjung Kawah Putih ini juga agak ramai pada masa kitorang sampai. Oh ya, nak naik ke Kawah Putih ni, kena naik Ontang-Anting. Ada bayaran lain juga yer kawan-kawan. But, trust me. Sesiapa yang ke Bandung, sila lah ke Kawah Putih. Sejujurnya, aku akan ke sana lagi dan akan aku pastikan cuaca adalah baik semasa ketibaan aku ke Kawah Putih nanti.
Dah sampai pun. Wisata Kawah Putih~ |
Pilih-pilih arah yang betul. |
Check price here. Untuk yang nak naik ontang-anting. |
Pengawal. kot? |
Kaunter tiket. |
Haaa... inilah ontang-anting tu. Huhu. Laju gilaa okay! |
Dari sini panjat sendiri. Hehe. Tak tinggi sangat tapi buat orang macam aku yang tak fit, mengah gak la.. :p |
Pengunjung lain. Hehehe |
Kalau cuaca cerah lagi santek tauuuu.... |
Selesai semuanya, aku menyusulkan kepada Doni yang aku nak balik bertukar baju di hotel terlebih dahulu. Pejalanan 2 jam dari menuruni bukit dari Kawah Putih membuatkan aku dan boom2 terlena seketika. Dibuatnya si Doni ni ada niat jahat, confirm kena jual, tapi Alhamdulillah, dapat budak sebaik Doni ni, pun dah syukur. Ketahanan nasi yang aku sangkakakn aku dah makan banyak pada sebelah pagi hanya bertahan sehingga 5 petang. Tenaga dah banyak pakai dah woi. boom2 dah survey tempat makan dan kami ke Sangkuriang Resto. Haa, masa ni wife si Doni baru pulang dari kerja dan join sekali makan di Sangkuriang Resto ni. Suasana agak tenang sebab baru pukul 5.30pm kot. So tak ramai lagi pengunjung berada di situ.
Moh makan moh. Lunch + Dinner |
Menarik kan?? I loike! |
Ikan Gurame bakar. Soooo sedappp!~ |
Tak ingat nama dia tapi ni daging. Hehe |
Hoi, tempe laa!!! |
Selesai menghappykan perut masing-masing, kami ke Factory Outlet yang sememangnya berlambak di Jalan Dago. Pilihan kami adalah Grenade F.O. tapi aku sekadar mencuci mata sebab memang tiada niat untuk bershopping untuk trip kali ni. Kemudian, ke Kartika Sari di mana brownies adalah wajib dibeli dan dibawa pulang. Hoho. Lebih 300,000 rupiah juga aku berhabis di sini. Semuanya semata-mata membeli buah tangan untuk kesayangan-kesayangan aku. Aku dan boom2 masing-masing membawa sekotak besar seorang untuk dibawa pulang. Walaupun baru hari kedua kami di bumi Bandung ini, tapi brownies ni memang tahan, so tak payah risau takut rosak.
Hari dah mula menggelap dan kami meminta Doni menghantar kami ke Cihampelas Walk lagi. Kali ni aku sekadar hendak berjalan-jalan sambil membeli barangan di Guardian kerana perbezaan harga Guardian di sana adalah sangat ketara. Bayangkan aku membeli Ellips Hair Vitamin sebotol besar, ada 50 biji dalam botol tu, hanya RM12!! Murah kan? Walhal di sini untuk 6 biji je dah RM4 lebih. So, berhabisan tak berhabisan sangatlah di sana. Sekadar membeli apa yang aku hajati. Deodoran spray Rexona pun RM4 juga di sana. Di sini? Tetttttt. RM10 gak kot. Mungkin tenaga kerja di sana adalah murah so barang-barangnya adalah terlampau murah, itu adalah penafsiran daripada aku. Hikhik!
Aku dan boom2 memang kehausan dalam bab-bab hiburan. Jadi, live band di TSD Bistro di Ciwalk adalah pilihan kami. Memang terbaik. Anak-anak muda yang ganteng, memang menjadi hidangan mata pada kami malam itu. Waaahhh, ayat tak boleh blah! Tapi aku sangat mengagumi bakat-bakat anak muda ini. Go Bandung Go!!! Asyikkk dengan penghayatan lagu dari mereka.
Belah kiri tu Hot Choc aku punya, belah kanan tak tau apa nama. Tak ingat. Hehe. |
Ganteng-ganteng hokay. Yang menyanyi tu pengunjung macam aku gak tapi dijemput menyanyi tapi sekali dia tarik, fulamakkkk!!! Saya undi anda!! |
Malam itu memang menyeronokkan bagi kami. Pulang ke hotel dengan seribu kepuasan. :)~ Tunggu sambungan hari ke tiga nanti yea. Ontah la bilaaaa... Aku try habiskan secepat mungkin.
yang selalu dijemput,
Zana