Thursday 24 March 2016

Transiberia - From Mongolia to Moscow


28 August '15 - 1st September 15

Sambungan dari sini..

Train dari Mongolia ke Moscow ni lagi cantik dari yang Beijing ke Mongolia punya...nampak baru. Tapi yang tak bestnya tingkap dia tak boleh bukak....sangat tak best. Nak ambik gambar pun tak best sebab cermin tak berapa nak bersih sangat. Tapi nak buat camne kan..redha je la.

Kali ni train penuh. So tak boleh nak buat macam rumah sendiri. Arrangement bilik still 3-2. Masuk je bilik kitorang, aku tengok katil aku dah ada orang duduk. Agak berumur gak la auntie ni. Borak2 intro semua...auntie ni dari German. Dia datang dengan kawan2 dia tapi kawan2 dia semua dah balik naik flight. Disebabkan dia ni takut naik flight, so dia sorang je la naik train. Gigih betul naik train sampai ke German. Dia cakap dia nak tukar katil dengan aku..sakit lutut katanya. Nak tak nak terpaksa la aku tukar ngan dia..dok kat atas. Maka makin terhad la view aku.

Dalam setiap bilik ada TV dan jugak tempat charging. Kena take turn la kalau nak charge apa2 device pun. Setiap coach ada 2 toilet, utk lelaki dan perempuan. Toilet dia pun bersih. Kat coach ni ramai orang Mongolia. Kebanyakan dorang student yang belajar kat Russia.

Hari pertama dan kedua masing2 ok lagi...masing2 banyak lagi cerita nak dikongsikan. Masuk hari ketiga masing2 dah tak tahan..perlukan nyawa. Nak tengok TV tak faham plak. Cite omputih tapi semua bahasa dia. Nak borak pun dah kurang modal. Mula la masing2 subscribe data internet...hahaha. Baru la lively sikit. Tegak nyawa masing2.

Sampai boarder Russia tengah malam. Siapa yang tidur semua dia kejutkan. Kena berdiri luar bilik. Dorang memang check kaw2...siap bawak anjing. Ceruk2 tempat simpanan semua dorang check. Katil atas pun dorang siap panjat. Aku bawak milo serbuk letak dalam plastik transparent ikat getah tu pun askar tu siap tanya apa benda. Kot la dari Malaysia dadah dia warna coklat ke kan. Muka dorang sikit pun tak senyum..serious je. Nasib baik masing2 semua clean. Agak lama juga berhenti kat boarder. Check passport, visa. Kalau lah visa tak siap haritu...hahahaha.

Train sepanjang perjalanan banyak jugak station yang dorang berhenti. Berhenti pulak ada yang dalam 10 minit je...ada jugak yang lama sikit. Tapi paling lama pun dalam setengah jam je. Sempat la nak merayap beli apa2. Penumpang semua tak berani sangat nak pergi jauh2..kot kang kena tinggal sia2 je. Train plak jenis punctual. Tepat masa je jalan.

Auntie yang dalam bilik kitorang tu nama dia Linda. Dia jenis buat hal sendiri je. Kadang2 dia lepak borak sekali. Kadang2 plak kalau kitorang melepak skali 5 orang..borak gelak kuat2..nanti dia cakap lembut je jangan bising sangat sebab dia nak tidur. Dia ada share dengan kitorang apa yang dia beli kat Mongolia. Tengkorak kambing dengan unta ke kuda ntah. Pastu dia ada belikan daun terup gambar posisi2 kamasutra untuk menantu dia. Sangat la sporting. Aku ada amek gambar kad tu tapi tak boleh nak share la kat sini. Sekadar untuk dijadikan future reference..kuikuikui. Ada 1 gambar tu posisi atas unta..sambil gelak2 malu dia cakap 'this reminds me of my younger days'...kemain kinky ko auntie...

Hari ke tiga dalam train tu..tak tau apa aku salah makan..aku kena food poisoning. Muntah2 berak2 the whole day. Lembik gila rasa badan. Dah la dalam train..rasa terbuai2, mual2 je tekak. Berapa kali aku ulang alik ke toilet. Nasib baik la bilik sebelah tu ada 2 nurse dari Hong Kong, sorang lelaki sorang perempuan. Macam2 ubat dorang ada. Sebelum tu aku telan panadol dah..pun tak jalan. Muntah siap rasa pahit panadol tu. Telan ubat dorang kasi...bawak tidur..lepas beberapa jam rasa ok la.

Hari ke empat  dalam train tu hari kemerdekaan Malaysia. Kitorg siap bawak bendera Malaysia. Bangga sungguh kitorang bergambar dengan bendera Malaysia. Jauh mana pun pergi..sejuk mana pun negera orang..cantik macam mana pun la tempat dorang....Malaysia jugak yang terbaik. Bila ada kat luar Malaysia, semangat patriotik tu lebih sikit. Berhenti kat station pun siap bawak turun bendera bergambar bagai.

Hari ke lima yakni hari ketibaan pembesar2 Malaysia di bumi Russia. Train dijangka sampai pukul 1.40 petang. Masing2 bangun dengan penuh semangat. Bukan semangat sebab dah sampai Russia, tapi sebab dah tak larat nak dok dalam train hahahaha. Pukul 11 masing2 dah siap packing bag semua. Tepat 1.40 memang sampai la ke Russia. Berbondol2 masing2 mengangkut bag...aktiviti dimulakan....

sambunggggggg...kat sini plak

No comments:

Post a Comment