Wednesday 23 March 2016

Jakarta - Bandung – Jakarta (Part 1 – day 1 – Jakarta - Bandung) - #throwbacktrip

Ya ampunnnn...Zana lagiiiii..hahahaha

As per tajuk above, aku nak cerita pasal aku punya trip ke Indonesia. Pertama sekali, terima kasih diucapkan buat AirAsia sebab menyediakan tambang murah buat aku. Ehem.. ini adalah hasil gua bertungkus-lumus cuba untuk mendapatkan tiket termurah, dan Alhamdulillah, aku sudah menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Tiket aku dah dibeli seawal April 2012 dengan harga RM116 untuk return flight KL- Jakarta – KL. Murah kan? Mungkin ada yang dapat lagi murah dari apa yang aku dapat ni, but still.. gua rasa ini adalah di antara yang termurah.
 


Trip kali ni gua hanya pergi berdua dengan ex-housemate aku, boom2. Selama 5 hari 4 malam aku ke bumi Indonesia, dari 4 Januari 2013 (jumaat) – 8 Januari 2013 (selasa), bermacam-macam pengalaman menarik yang kitorang lalui. Fuhhh.. aku sendiri tak sabar nak berkongsi cerita dengan korang-korang ni (eh? Ada ke yang membaca?). Takpe, aku sorang-sorang feeling pun takda hal.

Flight seawal jam 7 pagi, aku sudah keluar dari rumah jam 2.30 pagi, pick up Kak Boom kat Pantai Dalam, menyinggah rumah Eni di Putrajaya untuk pass kan kunci spare kereta aku (tujuan: panaskan enjin..hehe), then 4.15 pagi sampai di Putrajaya Sentral. Park kereta dan naik first train to LCCT.  Jadual flight yang tepat dan kami berangkat jam 7 pagi ke Jakarta. Masa ni, aku dah tersenyum-senyum sebab membayangkan perasaan apabila tiba di bumi Indonesia nanti. Aaahhh…asyikkk…

Ketibaan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta
Sampai di Jakarta jam 8 pagi (waktu Indonesia – lewat sejam dari Malaysia), aku dan boom2 terus menaiki Damri Bus ke Gambir station. Gambir station adalan tempat untuk menaiki kereta api ke Bandung. aku sengaja mengambil inisiatif untuk menaiki train kerana ingin feel sendiri menaiki salah satu kenderaan awam di sana, walaupun perjalanannya memakan masa agak panjang berbanding menaiki bas atau pengangkutan lainnya ke Bandung. Oh ya, tambang Damri Bus ke Gambir station adalah RP20,000 sehala (seorang), memakan masa kira-kira 1 jam dari airport Soekarno-Hatta. Kami bernasib baik kerana tiba di Gambir station 20 minit sebelum kereta api yang seterusnya berangkat. Jadual train juga agak tepat, jam 10.35 pagi, kereta api sudah mula bergerak meninggalkan station. Dengan tambang kelas Eksekutif RP90,000 (seorang), tempatnya juga agak selesa dan berhawa dingin. Tambang untuk kereta api kelas eksekutif ini akan naik pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, sebab tu kitorang dapat harga RP90,000. Kalau hari Isnin sampai Khamis, tambangnya cuma RP60,000. So, pandai-pandailah korang atur jadual perjalanan sendiri ya. Kereta api yang  disyorkan adalah Agro Parahyangan.

 

Perjalanan memakan masa selama 3 jam 10 minit, dan kami tiba di Bandung station kira-kira jam 1.45 petang, beberapa orang supir menegur kami dan menawarkan harga untuk menghantar kami ke hotel. Akhirnya, sorang supir berjaya menambat hati kami.. kehkehkeh.. dengan harga RP60,000, kami dihantar ke V hotel & residences, lokasinya agak jauh dari hiruk-pikuk kota, tapi what can I say? Asyiiikkk… sebab hotelnya agak menenangkan dan privacy. Aku prefer hotel yang macam ni. Owh, hotel ni aku beli dari promosi dalam Groupon untuk 4 hari 3 malam, harganya Cuma RM298, termasuk breakfast. Kira-kira RM50 seorang untuk 1 malam, murah kan? Yerlah, untuk kami yang travel berdua dan kedua-duanya perempuan ni, kenalah cari hotel yang agak selamat untuk kami kan.



Setelah check in dan melepaskan lelah seketika di bilik hotel, kami menuju ke Cihampelas Walk. Kali ni, aku dan boom2 decided nak naik Angkot (Angkutan Kota). Setelah ditanya beberapa orang dan bertukar 3 Angkot dengan total harga tambang 3 Angkot ini adalan RP7,000 setiap seorang, kami berjaya sampai ke Cihampelas, dan meronda-ronda kawasan itu, banyak yang menarik di sini. Mungkin pada yang pernah sampai ke Cihampelas ni juga mengakui tempat ini agak menarik kerana hampir di sepanjang jalan, kita akan melihat banyak monument kartun-kartun seperti Spiderman, Batman, Mr. Bean, Iron Men, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tempat itu agak macet (jammed) dengan kenderaan yang lalu-lalang di kawasan itu. Untuk aku yang pertama kali sampai di sini, owh, sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Manakan tidak, hampir setiap hari di Bandung, dihabiskan di Cihampelas Walk ini. Over kan? Kehkehkeh..






Jus Alpukat dan Es Nangka

Soto Daging dan Ayam Bakar
Pisang Bakar Coksuke (pisang cheese)
Tempat pertama yang dituju adalan 77 Esteller Resto. Perut dah berkeroncong minta diisi, makan jer laa jawabnya. Aku makan Soto daging dengan nasi putih, bersama Jus Alpukat. Desert sudah semestinya ada dalam list aku. Aku amek pisang bakar coksuke with cheese. Adeh, sebut jer pun aku dah terliur k. Sukar untuk digambarkan rasanya tatkala kali pertama memasukkannya ke dalam mulut. Terasa seperti di awang-awangan, asyiiikkkk. Memang terbaik. Berjalan-jalan di Cihampelas Walk juga adalah sesuatu yang menenangkan, orangnya tidak terlalu ramai (kalau dibandingkan dengan shopping mall di KL laa), harga barangannya juga tidak terlalu mahal. Aku hanya mencuci mata, dan memang tidak berniat untuk membeli apa-apa di sini. Sebelah malamnya, aku dan boom2 berjalan di FO (Factory Outlet) di sekitar Cihampelas. Sehelai T- shirt Bandung sudah menjadi milik aku. Boleh aku gunakan untuk ke destinasi lain sekitar Bandung. Hehe.. Harganya juga tidak terlalu mahal, RP60,000 ataupun lebih kurang RM18, kualiti juga tidak mengecewakan, dan selesa. Sebelum pulang ke hotel, semestinya aku mengajak boom2 ke 77 Esteller Resto semula untuk menikmati desert yang sama. Haha, aku sangat suka okey. Memandangkan malam sudahpun menginjak ke angka 11, kami memutuskan untuk pulang ke hotel menaiki teksi, dan dikenakan bayaran RP50,000. T____T . Takpalah, demi keselamatan kami jugak. A looonggggg day to go for tomorrow. Nantikan sambungannya..

terjemput,
Zana

No comments:

Post a Comment