Wednesday 9 March 2016

Taman Negara Pahang - #throwbacktrip

Terima kasih tuan tanah berjalajer jemput aku untutk merepek kat sini. Kali ni aku nak citer pasal trip dua tahun lepas tahun lepas, di mana aku pergi trip seramai 6 orang dengan kawan2 kesayangan dan membawa si Chan.  Chan ni aku and boom kenal time pergi Langkawi. Dia Korean tapi dah migrate ke New Zealand.

Trip ni pergi sebanyak dua kereta jer, nak kasi selesa, so 3 orang naik satu keta. 3 jejaka dan 3 dara pingitan. Perjanjian kekononnya jam 8 pagi dah gerak dan tempat berkumpul is LRT wangsa maju. Kesian si Chan dah tunggu dekat sejam baru muncul kitorang ni. Takpe la..saje bagi dia tau culture orang Melayu camne hahahaha. Kutip dia then terus gerak tapiii... tapi... singgah dulu isi perut sebab nak jalan jauh kan. So menyinggah di Genting Sempah and i had nasi lemak. Biasalah Malaysia, kena heavy breakfast ini macam baru umpphhh... takda apa yang aku nak citer pasal nasi lemak sebab banyak lagi blog lain boleh suggest nasi lemak mana yang sedaap. bagi aku? ermmm...sebenarnya aku dah tak ingat rasa dia sedap ke tak. jangan salahkan aku..lama sangat dah


masing--masing dah kekenyangan, meh lah teruskan perjalanan non-stop dari Genting Sempah dan exit untuk ke taman negara, korang keluar ikut exit Jerantut. dari sini, kena jalan dalam 30 minutes untuk sampai ke simpang masuk ke taman negara. and dari simpang itu adalahh jalan yang agak mencabar (gitewww) sebab jalan dia berlubang-luang, berbatu, kejap ada jalan bertar, kiri kanan kebun sawit. tapi teruskan jer sampai ke hujung, no belok-belok.



disebabkan Boom2 pernah sampai ke taman negara ni dengan family dia sebelum ni, makanya dia dah ada contact untuk bookingkan bilik untuk kitorang. 2 bilik yang simple, tapi cukup selesa bagi kami untuk menukar pakaian, berehat dan tidur. Tembeling River View chalet. memang view depan mata is sungai dan rimba. kelengkapan basic dalam bilik, ada 2 katil bunk bed, sebijik kipas dinding and lampu. bilik air takda yer, sharing basis. harap maklum.







selesai check in, menukar pakaian, maka aktiviti terus dimulakan. pakej rm70 per person merangkumi canopy walk, melawat penempatan orang asli, dan yeah, boat ride yang super awesome. tapi, nak ke tempat canopy walk ni pun kena memanjat tau. naik boat and naik dari jeti dia, panjat sikit, sikit je pun tapi aku pancit dah. hahaha. nampak tak stamina tak kuaat di situ? okay, next time aku make sure aku cukup gagah dah nak buat aktiiviti macam ni, mana taknya, sampai je tempat permulaan tu aku dah berpinar mata kau, pening lalat gitew... giloo. hahaha.







selesai je canopy walk, kitorang lepak-lepak dulu dan baru mula bergerak ke jeti menanti boat. andddd, the fun boat ride bermula dari sini. why??? for those yang dah pernah pergi taman negara tau lah kenapa. dia punya sungai berbatu-batu, arus deras ko kena redah. and air dh mula memercik ganas ke muka and i like it. citer ni pun aku dah seksaiteddd. eh, excited. aku rasa dalam 20 minutes kot and sampailah ke penempatan orang asli.








dekat sini, diorang akan ceritakan mana asal usulnya kaum ni, cara hidup mereka, makanan, perkahwinan dan sebagainya. kalau nak kahwin, yang perempuan kena pandai bina rumah dulu. bina rumah tau, bukan pandai masak. yang lelaki plak, kena pandai berburu. then only, ko boleh kawen. kalau tak, jangan mimpi ko nak kawen. giteww. and makanan diorang plak, diorang tak makan makanan yang hidup atas tanah, maacam lembu ke, kerbau, kambing, dan sebagainya. asalkan binatang tu hidup atas tanah, diorang tak akan makan yer. tapi kalau duduk atas pokok or berterbangan macam monyet dan burung, it's a BIG YES. sebabnya yang pijak tanah tu kotor. yang duk atas pokok tu bersih. okay, jangan nak deny itu ini, itu kepercayaan depa. ko pehal nak deny deny. eh, dah kenapa aku defensive sangat ni? hahaha, okay, more info, kaum ni akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat jika ada kematian dalam kampung mereka. mayat akan digantung di atas pokok, dan seterusnya mereka akan mencari penempatan baru. 







lepas selesai bersiar-siar, beramah mesra, tengok orang asli ni ajar hidupkan api guna batu dan kayu, belajar menyumpit dan mengambil gambar lebih kurang, maka marilah melalui jalan air yang sama untuk balik ke chalet. still a fun ride that i will never forget. seronok rasa air terpercik kat muka. sampai kat jeti chalet, mohlah mandi sungai lagi sampai lebam. hahaha. sampai kecut-kecut  tangan aku bawak mandi sungai sebab rendam terlalu lama.

terus early dinner dekat floating restaurant diorang. makanan panas ada jual kat sini so dont worry. harga still reasonable and diorang pun mesra. hari semakin senja makanya kasi hint suruh mandi bersih-bersih untuk malam plak.

sebenarnya ada je aktiviti malam di sini. tapi aktiviti masuk hutan. korang boleh tengok live elephant ke apa ke binatang-binatang hutan di malam hari, tapi ada extra charge and memandangkan semua yang follow ni cheapskate (ehem), makanya  kita tunggu ke zoo je lah nak tengok binatang-binatang tu semua, siap ada pakej panda lagi kalau pegi zoo negara KL tu ha.

disebabkan masing-masing masih lagi kenyang, lepak di kedai depan chalet je, minum kopi sambil berbual dan makan roti canai sedap dan murah.eh,, lupa plak, i had banana choc milkshake. sedappppp. gambar tak dan nak amek sebab aku gelojoh macam biasa, eh, bukan aku, tapi orang sebelah aku, tapi tak ingat sapa, kehkehkeh.

tapi kan, takkan aktiviti ko melantak je kan? haruslah aku bawak kad bekalan untuk main co tai ti. hiks. hamekkk. datang plak si farid (ejen pakej yaang si Boom2 kenal tu), datang bawak air, kekacang, keropok, maka lepak skali dan main sekali. chan yang tak pernah main, sekali ajar dah mahir siap tuduh aku menipu sebab menang. cit!



sedar tak sedar sampai jam 2 pagi melayan kad ni. hey, sedarlah semuanya. kena masuk tidur sebab esok pepagi nak jungle trekking katanye. tapi Chan dah puas hati sebab kasi can dia menang sekali. 

okay, lagi sekali kekonon nak bangun pepagi, sekali bangun pukul 8 lebih kau. masa bangun tuu, Chan dah siap abis morning walk di kawasan sekitar. kesian mamat korea ni. marilah bersiap meenukar baju basahan semalam punya, gosok gigi, cuci muka, dan pakai baju lembab tu la kami berjalan mencari sarapan pagi. tak jauh pun, dekat je sebenarnya.



kalau korang datang sini, silalah cari gerai akak ni. aku cakap memang berbaloi dan sedap sangat nasik dia. sebungkus aku makan, sebungkus lagi aku tapau. hahaha. siap teh o limau aku tapau untuk piknik dalam hutan. bukan aku je tau, semua yang lain pun bawak bekalan gak untuk masuk hutan ni.

maka bermulalah journey masuk ke hutan. tak jauh pun, dalam 15 ke 20 minit je nak masuk hutan ni and dapatkan satu tempat rahsia. hahaha. rahsia laa sangat. Lubuk Simpon namanya. memang menenangkaan dan airnya sejuk sangat. 









puas mandi tak sedar dah jam 3 petang. makan dah, mandi dah, lepak dah, borak dah, apa lagi, baliklaaa. haha. cukup je dua hari di sini. makanya cepatlah bersiap dan mandi bersih-bersih nak balik ke KL. alhamdulillah semuanya dipermudahkan, dan we had  fun sepanjang journey ni. murah (bagi aku) dan berbaloi sangat. maaf kalau ceritanya tak berapa nak detail. dah berbulan kauuu, citer taun lepas lagi aku cuba perah otak aku nak citer ni.

kesimpulan cost ke sini untuk kitorang:

minyak + tol = rm35 sorang
pakej = rm70
chalet = rm10 sorang (senyum lebarrr sket)
makan = rm20 kot (dari nasi lemak ke makan tapau piknik tu)

murah kan? nak jimat and happy, kenalah pandai-pandai berjimat. kot kalau korang boleh dapat lagi murah, alhamdulillah. and dah habis hutang cerita taman negara dari aku. so korang yang nak plan ke Taman Negara Pahang, boleh je tiru itinerary tak seberapa dari aku ni and hargai hidupan semulajadi kita.

jemputan khas,
Zana

1 comment: