Tuesday 15 March 2016

Panggilan Pulau Redang - #throwbacktrip

Trip ni dihadiri seramai 5 orang iaitu bakal ex-housemate aku (Boom2), ex-officemate aku (Salmi), ex-tunang Salmi yang dah pon selamat dinikahi (Syuk), kawan Syuk (Mizi), dan saya (Zana -ehem-). Kami berangkat dari Putrajaya Sentral dengan menaiki bas ke Kuala Terengganu pada malam 23 Mac 2012 tu jam 9.30 malam. Alamak, apsal aku skema sangat ni? Ok, kena santai sebab ini entri pasal ke pulau. hehe..

Sesampai je kitorang kat KT jam 5.30 pagi, kitorang pergilah breakfast dulu and berjalan kaki tau ke Jeti Syahbandar. Jalan kaki tu tak lama dalam 15 minit jer. Untuk tenaga muda seperti kami, agak gagahlah juga nak berjalan kan. Kaunter untuk mengambil tiket feri dibuka jam 8.30 pagi. Memandangkan aku dah beli pakej semua, so memang nama aku dah ada di situ dan tiket untuk aku memang sudah diasingkan siap-siap. Senang kerja aku. Oh, ya. Kejap lagi aku cerita pasal pakej yang aku amek. Sabar ye incik.

Perjalanan ke Pulau Redang dari jeti adalah lebih kurang sejam setengah. Haha. aku sempat la jugak mengecas tenaga aku (tidur daa), sebab feri tu melambung-lambung melanggar ombak seolah-olah mendodoi aku.Ok, tak penting. Hehe. Sampai-sampai jer kat pulau, dengan jakunnya kami "Waaahhhh!" secara serentak. Cantik siot pemandangan di depan mata. Ok, aku sendiri sebenarnya pernah ke pulau, tapi ke Pulau Perhentian. Aku rindukan pemandangan seperti ini. Seolah- olah pulau ni melambai-lambai suruh aku datang balik.Adei, sekarang aku tengah kerinduan untuk kembali ke pulau.

Pakej yang aku amek adalah dengan Redang Lagoon resort, RM280/pax untuk triple room, dan RM290/pax untuk twin room. Murah kan? Ini adalah pakej paling murah sebab bilik dia dilengkapi aircond ok, so memang aku berpuas hati lah dengan pakej ni. Merangkumi return boat transfer from jetty to pulau, 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner, dan 1 BBQ dinner. Juga ada 3 trip untuk snorkelling tau. Sungguh wow pakej ni. Kami semua berpuas hati and insyaAllah aku akan datang balik.

Ada baiknya korang layan gambar-gambar di bawah ni. Hehe. Aku cakap banyak pun guna. Zassss....


air biru yang buat gua tak sabar nak terjun ini jam..huhu

 bilik kami (gadis-gadis ayu)

 bilik mereka (jejaka errr...beach boys :p)

 snorkeling time (yeeehhhaaaa!!)

 hammock yang best yang tak boleh dapat feel ini macam kalu di mana-mana (trust me!)

aktiviti malam-malam..huhu..tak main duit tau..main saja-saja..sapa kalah, 'cong' kad..hee

 ini kami naik untuk ke pulau dari ferry 

 can you feel it??

mandi-manda sebelum senja

cantik kan? :) i loike!

i'll take them to travel again soon

So, macam mana? Ada puas? Ada keinginan mahu ke Pulau Redang? Or any other islands in Malaysia? Banyak lagi pulau-pulau Malaysia ni yang aku nak pergi tau. Masa dan fulus jer takda sekarang. No worries. Aku akan realisasikan.

Artis jemputan,
Zana

No comments:

Post a Comment