Wednesday 30 March 2016

Mauritius Solo Trip - Day 4


Hari ni pusing-pusing Mauritius naik teksi. Taxi Fee for half a day MUR2000 @ MYR233

Teksi datang kat hotel dalam kul 8 pagi. Hari ni punya itinerary 

  • Chamarel untuk tengok 7 earth colored dan waterfall..
  • Alexandra Falls

First place to stop..hanya untuk amik gambar view.
Entrance Fee MUR200 @MYR24

Nak masuk tempat ni kena bayar dalam MYR24 per pax. Kalau pergi waktu pagi tak de orang lansung so boleh lah take our own sweet time. 

Chamarel Waterfall



Chamarel Waterfall





Seven Coloured Earth.

Ni lah sejarah pasal 7 colored earth ni
Uncle ni seorang Muslim..dia lah taxi driver tuk i..photographer tuk i..
Cantik nya...
coffee, tea or me ;p

Last sekali - Alexandra Falls Viewpoint.Masuk tempat ini tak dikenakan bayaran..









Inilah air terjun nya :))))
Lepas selesai land tour dengan taxi..i decide to hang out kat hotel untuk berehat...memandangkan esok flight selama 7 jam..and i hate flying..denggggg..
Pool in the spa section


Mauritius ni pantai dia tak berapa nak cantik kalau nak dibandingkan dengan Maldives ke Sabah ke....tapi nampak penduduk-penduduk kat sini beriya iya untuk menaikkan nama negara mereka melalui industri pelancongan..penduduk sini terdiri daripada 17% yang beragama Islam dan 4% beragama Buddha. 

Nasi beriyani tu adalah makanan utama org Islam dan nasi yang disajikan ketika kenduri kahwin.

Perbelanjaan di Mauritius ni agak mahal berbanding tempat-tempat lain yang pernah aku pergi. Faktor utama mungkin disebabkan ramai pelancong dari negara Eropah. 

Selama 4 hari disini aku telah menggunakan perkhidmatan 3 orang pemandu teksi yang berbeza-beza..setiap hari pemandu yang berlainan sedangkan booking telah dilakukan pada pemandu teksi yang pertama..mulalah tertanya-tanya pada diri sendiri, pemandu teksi ni tak suka kat aku ke apa. Tapi tak mungkin kotttt... So aku pun bertanya lah kenapa dorang ni asyik bertukar-tukar pemandu sedangkan aku baru nak jadikan dorang gang dorang dah tukar kepada pemandu yang baru..berapa kali ice braking aku nak kena buat ni??

So dorang pun explain kat aku...rezeki ni banyak dan besar seperti sebuah kek. Setiap orang harus dapat a piece of it. Sebab semua orang ada keluarga yang harus diberi makan..waaahhhh aku macam tak sangka itu jawapan yang diberikan...macam tak berapa nak wujud perasan tamak dalam hati dorang pun...

Betullah orang dulu-dulu cakap...jauh perjalanan luas pemandangan...

Memang solo trip ni agak sanggap...but experience is the best teacher ;P

No comments:

Post a Comment