Thursday 17 March 2016

Mauritius Solo Trip - Day 3

Marine Park
Hari ni hidup akan sedikit ceria sebab ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Aktiviti bermula pada pukul 8 pagi sampai 4 petang..garinglah aku tengah panas..

Mauritius ni walaupun panas dia dalam 30-31celcius tapi panas ni jenis yang kulit terbakar terus. 

Van datang ke hotel untuk jemput pergi ke Blue Bay. Package ni termasuk lunch. Jumlah yang dibayar MUR3750 @MYR431 bapakkk mahal.


Perjalanan dalam van mengambil masa dalam sejam. Blue Bay terletak dekat dengan airport.


Air kat Blue Bay sangat cantik dan biru. Bila sampai ke Blue Bay ni, terus naik bot Glass Bottom untuk tengok corals di Marine Park. Dan sapa-sapa yang nak snorkel boleh snorkel kat tempat ni. Bot-bot luar tak dibenarkan untuk berada di kawasan Marine Park. Hanya yang mempunyai lesen je boleh masuk ke kawasan ini. 

Coco the Male Mermaid
View from Glass Bottom boat
Lepas dah siap snorkel bagai..kita terus tukar bot, naik speedboat pula untuk ke tempat-tempat seterusnya. 

Tempat kedua - La Paz Island. Pulau ni kecil je.Kat pulau ni lepak dalam 30 minit je. 





Speedboat ni tak de bumbung so panas/bahang nya jangan nak cerita..mat salleh sukalah benda-benda macam ni, tapi untuk aku yang tak berapa nak mat salleh sangat, kulit garing terus. Untuk 7 jam naik boat yang tak de bumbung..ermmm... 




Lepas tengok air terjun terus pergi tempat untuk makan..yeayy lunch time! 




semua orang bercouple..i je duduk hujung tu sorang-sorang :p

Menu for today : Fresh Lobster :)









The foodddddd...







Lunch dia memang world in the world..lobster dia perghhhhh..walaupun makan dalam keadaan cuaca panas..

Last Port berhenti kat L'ile Aux Cerfs..nothing much here tapi ada jual souvenir, drinks and food..








Island hoping ni kalau seharian memang penat kott..time ni semua dah lembik. But its worth it ..
ok hakak nak balik hotel dah..tak sabar nak mandi..melekit kot badan..

1 comment:

  1. Hi there!
    Your kembara mmg sgt membantu masa saya plan sendiri travel to Maldives. Thanks a lot! Now tgh plan ke Mauritius plk. Tp certain entry gambar x keluar la. Mula2 ingat my internet connection yg problem tp guna yg lain pun same. Hope u can check & fix it. Terutamanya yg Mauritius ni. Sbb X byk blog yg blh refer. Tolong eh. Dah fix nnt saya tanya2 soalan tau. He he he.

    ReplyDelete